Lancar 28 November, ini spesifikasi ringkas Proton S70 yang kami tahu..

477

Pelancaran Proton S70 semakin hampir dan pengedar rasmi sedan berkenaan menyasarkan jualan bulanan 2,000 sehingga 3,000 unit.

Menerusi kiraan detik pada laman web Proton, sedan itu bakal dilancarkan minggu depan. Kehadiran S70 itu juga bakal mencuri pembahagian kek jualan pasaran antara segmen-B dan segmen-C. 



Pada sidang media yang diadakan baru-baru ini, Proton mendedahkan maklumat ringkas spesifikasi S70.

Seperti mana kita sedia maklum, S70 didatangkan dengan empat pilihan varian:

  • 1.5T Executive
  • 1.5T Premium
  • 1.5T Flagship
  • 1.5T Flagship X

Pelanggan boleh memilih 7-pilihan warna badan iaitu:

  • Snow White
  • Armour Silver
  • Space Grey
  • Passion Red
  • Marine Blue
  • Teal Bayou Green (warna baharu)
  • Quartz Black

Manakala daripada segi luaran antara informasi yang didedahkan adalah:

  • Untuk memastikan sesebuah kereta itu cukup aerodinamik, rintangan ataupun seretan perlulah dikurangkan seminimum mungkin. Semakin rendah rintangan semakin baik ‘potong angin’ kenderaan. Bagi kes S70, model itu merekodkan rintangan Cd027
  • Proton S70 menampikan rekaan badan yang elegan dengan bahu yang lebar serta garis sisi yang panjang sekaligus mengukuhkan lagi karakter sedan segmen-C itu
  • Proton juga menawarkan pilihan warna badan baharu Teal Bayou Green yang ditawarkan pada varian Flaghsip & Flagship X
  • But bersaiz 500 liter 
  • Lampu signatur rhythmatic LED depan dengan 190 LED
  • Rim aloi dua tona bersaiz 17-inci
  • Gril DNA sejak 2017 yang telah berevolusi menerusi rekaan infinite weave dan ethereal bow yang mana S70 dalam bentuk mendatar tidak seperti Proton X90
  • Bar lampu belakang LED yang panjang merentasi pintu but

Masuk ke kabin, sekali imbas bentangan kabin mirip X90 yang mana S70 menawarkan:

  • Aplikasi Proton Link 
  • 6-beg udara
  • Kabin moden dengan fungsi dipertingkatkan
  • Konsol tengah ergonomik dan fungsi lebih mudah
  • Papan pemuka dengan rekaan bercorak
  • Kluster instrumen LCD 10.3 inci
  • Brek Parkir Elektrik (EPB)
  • Tuil gear dengan rekaan T 
  • Pendingin hawa untuk penumpang belakang
  • Tiga mod pemanduan dan stereng iaitu Sport, Eco dan Comfort
  • Head unit infotainmen bersaiz 12.3-inci
  • Fungsi Hi Proton
  • Lima slot USB merangkumi Type A dan C
  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Kamera 360 darjah 
  • Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS)
  • Kerusi dengan kemasan upholsteri dan fabrik 
  • Bumbung suria (hanya varian Flagship X) yang dikawal menerusi IHU

Proton S70 didatangkan dengan enjin 1.5L turbo 3-silinder yang menghasilkan kuasa 150PS dan tork 226Nm bersama transmisi dual klac 7-kelajuan. Janakuasa ini turut ditemui pada X50 Standard, Executive dan Premium. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here