Sah! smart #1 akhirnya lancar secara rasmi di Malaysia, 3 varian, harga bermula RM189K

417

smart Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan crossover elektrik smart #1 untuk pasaran tempatan, dengan harga jualan bermula dari RM189,000.

Tiga varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia membabitkan varian aras mula Pro, diikuti Premium dan varian berprestasi tinggi Brabus.

Secara keseluruhan, smart #1 membawakan ukuran sepanjang 4,270 mm, lebar 1,822 mm, tinggi 1,636 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm.



 smart #1 menggunakan platform “Sustainable Experience Architecture” (SEA) yang digunakan pada kenderaan elektrik smart # 1 menerima penarafan keselamatan 5 bintang, sekali gus memberi keselamatan kepada penggunanya. 

Selain itu, platform SEA juga direka untuk memberi ruang yang optimum dan reka bentuk fleksibel sebagaimana ruang kaki smart # 1. 

Menampilkan 10 kombinasi warna, termasuk Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver, Lumen Yellow, Laser Red, Atom Grey – Matte (Bumbung Atom), Atom Grey – Matte (Bumbung Merah), Cyber Silver (Bumbung Merah) dan Meta Black (Bumbung Merah).

Selain itu, terdapat tiga variasi gaya dalaman khusus, trim ‘After Dark’ untuk smart #1 Pro, trim ‘Dark Matter’ dua tona putih dan hitam untuk smart #1 Premium, dan dalaman ‘BRABUS’ eksklusif untuk smart #1 BRABUS.

Platform modular khusus EV itu turut digunakan oleh model lain yang lebih mewah seperti Lotus Eletre, Volvo EX30, dan Polestar 4 & 5.

Bagi memberi ketenangan minda untuk memiliki kenderaan ini, PRO-NET menawarkan jaminan:

  1. Jaminan bateri sejauh 200,000 selama 8 tahun
  2. Jaminan komponen bervoltan tinggi sejauh 150,000km selama 8 tahun
  3. Jaminan kenderaan tanpa had perbatuan selama 4 tahun
  4. Jaminan alat ganti tanpa had perbatuan selama 2 tahun
  5. Bantuan tepi jalan 24/7

Pelanggan terawal juga akan menerima pelbagai ganjaran terbaik membabitkan: 

  1. Pengecas rumah smartCharge bernilai RM3,200 unit
  2. Percuma V2L Adaptor bernilai RM800
  3. Pakej aksesori melibatkan 5 baranagn bernilai RM2,000
  4. Data internet percuma selama lima tahun sebanyak 60GB
  5. Perlindungan insurans komprehensif smartPlus

Baca juga >> smart #1 bakal lancar bulan depan, nikmati kadar faedah serendah 2.05 peratus

Bagi membezakan dengan tiga varian smart #1 itu, ini perinciannya membabitkan:

smart #1 Pro (RM189,000)

• Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang

• 268 hp, 343 Nm

• 0-100 km/j 6.7 saat

• Kelajuan maksimum 180 km/j

• Mod pemanduan Eco/Comfort/Sport

• Pemanduan pedal tunggal (E-pedal)

• Pek bateri LFP 49 kWh

• Jarak gerak 315 km (WLTP)

• Pengecasan AC 7.2 kW (10-80% dalam 6 jam)

• Pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 22 minit)

• Unit lampu LED CyberSparks

• Larasan lampu utama manual

• Rim 19 inci Amps, tayar 235/45 R19

• Skrin kluster 9.2 inci

• Skrin tengah 12.8 inci

• Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar

• Sistem audio 5 pembesar suara

• Pengecasan peranti pintar tanpa wayar

• Sistem pencahayaan ambien 64 warna ringkas

• Sistem pendingin hawa dua zon, corong pendingin hawa belakang

• Upholsteri leatherette

• Bumbung bulan panorama

• Penapis N95

Baca juga >> Tahukah anda: Platform smart # 1, turut digunakan pada Lotus Eletre, Volvo EX30, dan Polestar 4 serta 5

smart #1 Premium (RM219,000)

Tambahan ciri berbanding smart #1 Pro

• Pek bateri NCM 66 kWh

• Jarak gerak 440 km (WLTP)

• Pengecasan AC 22 kW (10-80% dalam 3 jam)

• Pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 29 minit)

• Unit lampu CyberSparksLED + Matrix LED, Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif

• Pelarasan lampu utama automatik

• Lampu membelok LED jenis sekuential

• Jeriji hadapan dan pemegang pintu bercahaya

• Lampu selamat datang, lampu bantuan sisi

• Rim 19 inci Rotor Alloys

• Pintu belakang dengan penderia kaki

• Upholsteri tempat duduk kulit dengan fungsi pengudaraan

• Roda stereng balutan kulit

• Sistem pencahayaan ambien 64 warna

• Logo stereng bercahaya

• Skrin paparan head-up 10 inci berwarna penuh

• Sistem audio Beats 13 pembesar suara

Baca juga >> Smart Malaysia dedah varian tertinggi #1 Brabus pada IEMS

smart #1 Brabus (RM249,000)

• Dua motor elektrik, pacuan semua roda

• 422 hp, 543 Nm

• Pecutan 0-100 km/j 3.9 saat

• Pek bateri 66 kWh, jarak gerak 400 km

• Tetapan suspensi sport

• Rim 19 inci Dynamo Alloys

• Kit aero Brabus

• Kemasan dalaman Brabus

• Tempat duduk sports balutan ultra suede, larasan 10 tahap

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya komited untuk membentuk semula landskap mobiliti serba-elektrik premium di negara ini.

Menurutnya, PRO-NET percaya bahawa kunci kejayaan adalah dengan mengutamakan keperluan dan keinginan pelanggan di atas setiap produk serta perkhidmatan yang kami tawarkan.

“Hari ini, kami meraikan peminat smart dan tidak sabar untuk mengembangkan kehadiran smart #1 di jalan raya Malaysia dan memberikan pengalaman mobiliti bandar serba elektrik yang tersendiri, premium serta pintar.

“Dengan visi kami yang bercita-cita tinggi, kami berhasrat untuk merevolusikan industri EV automotif,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here