Tahukah anda: Platform smart # 1, turut digunakan pada Lotus Eletre, Volvo EX30, dan Polestar 4 serta 5

383

Platform “Sustainable Experience Architecture” (SEA) yang digunakan pada kenderaan elektrik smart # 1 menerima penarafan keselamatan 5 bintang, sekali gus memberi keselamatan kepada penggunanya. 

Selain itu, platform SEA juga direka untuk memberi ruang yang optimum dan reka bentuk fleksibel sebagaimana ruang kaki smart # 1. 



Platform modular khusus EV itu turut digunakan oleh model lain yang lebih mewah seperti Lotus Eletre, Volvo EX30, dan Polestar 4 & 5.

Dengan meletakkan kemampanan dan keselamatan sebagai keutamaan, pemiliknya boleh membuat pilihan progresif untuk kenderaan masa depan yang lebih peka dan selamat. 

Malah dengan pengkongsian platfrom itu, ia memberi kelebihan termasuk kecekapan kos, reka bentuk yang boleh disesuaikan dan prestasi yang dipertingkatkan, adalah manfaat  daripada SEA. 

Kawalan Yang Tepat

Faedah pacuan roda belakang pada smart # 1, menawarkan pengendalian, pecutan, dan ketepatan brek, yang mana memberi pengalaman mendebarkan. 

smart #1 mempunyai beberapa mod pemanduan membabitkan Eco, Comfort, dan Sport, yang boleh disesuaikan dan dipadankan mengikut mood dan persekitaran anda. 

Ia juga mempunyai tiga tahap bantuan stereng yang berbeza, setiap satunya boleh disesuaikan mengikut pemiliknya.

Pengecasan Pantas

Pengecasan luar biasa smart #1, menetapkan standard baharu untuk kemudahan dan keselamatan ketika mengecas di rumah. 

Dengan sokongan pengecasan AC sehingga 22kW, ia membuka potensi untuk mengecas dalam masa kurang daripada tiga jam.

Tenaga kereta itu juga boleh digunakan untuk aplikasi elektrik yang lain dengan bekalan kuasa terbalik 3.3kW V2L. 

Ciri ini sangat berfaedah bagi seseorang yang suka berkhemah, membolehkan menggunakan peralatan seperti dapur dan telefon semasa dalam perjalanan dengan mudah. 

Ia memberi pemiliknya kebebasan untuk meneroka ke lokasi terpencil sambil mengekalkan akses kepada sumber kuasa yang boleh dipercayai untuk keperluan dan keselamatan. 

Untuk pilihan pengecasan yang lebih pantas, smart #1 menawarkan keupayaan DC Super Charging 150kW (380A), dengan masa pengecasan di bawah 30 minit untuk SOC 10% ~ 80%. Penyelesaian pengecasan canggih ini memberikan lebih banyak fleksibiliti dan kecekapan, memastikan perjalanan anda tetap lancar dan diperkasakan. 

Prestasi Cemerlang

smart # 1 Memiliki 200kW kuasa dan 343Nm tork untuk pecutan dan tindak balas pedal yang tepat, ia boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.7 saat sahaja, yang paling cepat dalam kelasnya. 

Dengan jarak brek sub-37m yang mengagumkan dari 100-0km/j, smart #1 sekali gus membuatkan rasa selamat dalam setiap perjalanan. 

Galeri Gambar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here