[Video] Xpeng X2 lengkapkan penerbangan rentas sungai di China

268

Pada 27 Ogos, syarikat pemula Xpeng yang disokong AeroHT berkongsi, kereta terbang Xpeng X2, menyelesaikan penerbangan merentasi sungai Xiang di Changsha, wilayah Hunan.

Kereta terbang itu berlepas dari tebing kiri sungai dan mendarat di Dataran Zhoutou, meliputi jarak 1.5 km dengan masa penerbangan empat minit.



Ia adalah kereta terbang pertama merentasi sungai China dan satu peristiwa penting dalam pembangunan teknologi kereta terbang.

Sebelum penerbangan merentas sungai, Xpeng X2 menjalani hampir 4,000 ujian penerbangan ujian. Tahun ini, ia menjalani ujian penerbangan dalam pelbagai senario misalnya CBD bandar, kawasan laut dan padang pasir.

AeroHT diasaskan pada 2013 oleh Zhao Deli yang menerima sokongan kewangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Xpeng, He Xiaopeng.

Awalnya, syarikat itu menggunakan nama Heitech dan baru-baru ini ditukar kepada AeroHT.

Kereta terbang generasi pertama diperkenalkan pada 2016, dan pada 2020 Heitech melancarkan generasi kelimanya. Pada 2021, Xpeng Heitech menyelesaikan pembiayaan Siri A lebih USD 500 juta.

X2 pada mulanya dilancarkan sebagai Voyager 2, tetapi menurut laman web rasmi dijenamakan semula kepada Xpeng X2.

Model itu memiliki panjang 5,172mm, lebar (5,124mm) dan tinggi (1,362 mm). Apabila dilipat, dimensinya adalah 4,949mm panjang, 2,113mm (lebar) dan 2,055mm (tinggi). X2 mampu terbang selama 25 minit. 

Sementara, kereta terbang itu memiliki berat 680kg dengan kapasiti muatan maksimum 160kg menerusi dua tempat duduk. Maka, berat minimum seorang penumpang adalah 80kg. 

Tidak seperti kebanyakan dron pengguna, yang hanya mempunyai empat motor, Voyager X2 ialah octocopter. Setiap ‘tangan’ didatangkan dengan sepasang enjin dan kipas yang memberikan tujahan tambahan.

Pesawat juga boleh mengekalkan penerbangan jika satu motor gagal. Jika lebih banyak motor gagal, payung terjun binaan dalam akan membantu mengurangkan risiko jatuh.

Menurut syarikat itu, versi pengeluaran besar-besaran yang akan memasuki pasaran pada 2025 akan menawarkan beberapa pilihan jarak penerbangan tambahan.

Pada Oktober 2022, Xpeng X2 menyelesaikan debut penerbangan antarabangsanya di Dubai yang mana menjadi tajuk utama dan mendapat pengiktirafan di luar China.

Pada bulan Januari, Xpeng X2 menerima permit penerbangan daripada pihak berkuasa China, menjadi eVTOL pertama di China menerima permit tersebut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here