Zeekr 001 FR debut 1 September, bakal dilengkapi 4-motor elektrik

356

Liftback Zeekr 001 FR kemungkinan bakal didatangkan dengan empat motor elektrik berasingan.

Menjelang debut rasmi pada 1 September depan, Zeekr 001 FR yang merupakan versi sporty daripada model standard itu bakal dijual pada harga CNY 1 juta (RM638,134).



Zeekr 001 FR (FR – Future Road) berdiri di atas platform SEA (Sustainable Electric Architecture) daripada Geely. Platform tersebut juga digunakan pada model Smart #1 dan Jiyue 01 serta model Zeekr yang lain.

Penampilan model sporty itu mirip dengan versi standard. Bahagian depan Zeekr 001 FR dilengkapi dengan bampar sporty bersama intake udara bentuk trapez yang besar dan kemasan jalur merah.

Belakangnya pula dipadankan dengan spoiler bersaiz besar yang meningkatkan downforce. Walaupun dimensi masih belum didedahkan, sebagai perbandingan Zeekr 001 standard memiliki panjang 4,970mm, lebar (1,999mm) dan tinggi (1,560mm).

Zeekr 001 lebih pendek 4mm, lebih lebar 32mm dan lebih tinggi 151mm berbanding Porsche Taycan Cross Turismo.

Zeekr memberi bayangan versi sporty itu lebih berkuasa. Sebelum ini, beberapa sumber China melaporkan ia akan ditawarkan dengan tiga motor elektrik.

Perlu diingat Zeekr 001 FR disokong oleh platform sama digunakan Lotus Eletre R+ dengan tiga motor elektrik. Jadi, ada kemungkinan liftback Zeekr memiliki tiga motor elektrik.

Terkini, menerusi gambar yang dikongsi Zeekr memberi bayangan 001 FR bakal didatangkan dengan empat motor elektrik.

Sekiranya FR 001 bakal didatangkan dengan empat motor elektrik, ia akan menjadi kenderaan elektrik (EV)  pertama dengan empat motor yang disokong platform SEA.

Zeekr adalah jenama EV premium di bawah Geely yang ditubuhkan pada 2021. Model pertamanya adalah 001 diikuti Zeekr 009 (MPV) dan Zeekr X (SUV). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here