JPJ : Operasi Khas Motosikal besar-besaran bermula hari ini

1679

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal bermula 1 November hingga 31 Disember ini di seluruh negara di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pelaksanaan operasi tersebut susulan peningkatan trend kadar kemalangan dengan kematian secara bulanan yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya melibatkan motosikal adalah sebanyak 1,908 atau 70 peratus.



“Bagi mensasarkan pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh sukuan ketiga dan keempat tahun ini, strategi penguatkuasaan secara berfokus ini adalah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang dan pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan,” katanya.

Pihak JPJ akan memfokuskan kepada lapan kesalahan utama seperti berikut :

  • Tiada Lesen Memandu
  • Tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM)/ Tamat Tempoh
  • Tiada Perlindungan Insurans
  • Melanggar Isyarat Lalu Lintas (Lampu Merah)
  • Ubahsuai Kenderaan (Extreme)
  • Tidak Memakai Topi Keledar
  • Lumba haram
  • Kesalahan lain (teknikal)

Tambah beliau, JPJ memohon kerjasama pengguna jalan raya khususnya penunggang dan pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

“Usaha ini juga adalah untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di negara selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM),” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here