Menteri : Malaysia terus tarik jenama EV global

188

Malaysia yang menarik syarikat multinasional terkemuka Amerika Syarikat (AS), Tesla untuk membuka ibu pejabat serantaunya tahun lalu, merancang menarik lebih banyak syarikat seperti syarikat gergasi kenderaan elektrik (EV) mendirikan kilang pemasangan. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pada akhirnya untuk memastikan lebih banyak syarikat seperti Tesla membina kemudahan mereka di negara ini.

“Pada masa ini, ramai pengeluar EV mendapatkan komponen dari Malaysia ‘dalam jumlah bilion’ dan Malaysia sedang mengukuhkan industri semikonduktor untuk memanfaatkan pasaran EV yang semakin berkembang.

“Mereka mahu menyelaraskan semula rantaian bekalan untuk memastikan jaminan dan daya tahan rantaian bekalan (mereka), justeru mereka berminat dengan Malaysia, dan kami mempelawa ramai pengeluar EV untuk datang,” katanya. 

Beliau menambah matlamatnya untuk pengeluar EV memperluas kedudukan mereka di Malaysia dan Tesla menjadi antara penyedia stesen pengecasan utama tempatan manakala beberapa syarikat terbesar Malaysia juga merupakan pembekal Tesla.

Bulan lalu, Tengku Zafrul berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan EV yang kukuh setiap tahun dan kerajaan optimis momentum positif itu akan berterusan, dengan lebih 100,000 EV berdaftar.

Beliau percaya EV akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan eksport industri pembuatan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, produk elektrik dan elektronik (E&E) merupakan aspek penting dalam rantaian bekalan EV.

“Oleh itu, terdapat banyak potensi dalam kenderaan generasi baharu apabila lebih banyak komponen, misalnya, komposit semikonduktor, komponen cip dalam kereta biasa hari ini atau kereta hibrid, (diperlukan) kira-kira 1,500 cip dalam satu kereta,” katanya.

PASUKAN KHAS SEMIKONDUKTOR

Majlis Pelaburan Negara (MPN), pada mesyuarat baru-baru ini, memutuskan untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas Strategik Semikonduktor Negara (NSSTF) untuk membolehkan negara meningkatkan rantaian nilai dalam industri cip.

Dalam kenyataan, Tengku Zafrul berkata keputusan itu dicapai memandangkan kepentingan industri semikonduktor, yang menyumbang 45.4 peratus (atau RM593.5 bilion) kepada jumlah eksport hasil industri pembuatan Malaysia.

“Ia adalah satu platform khusus untuk membangunkan ekosistem semikonduktor dan menarik pelaburan strategik dalam sektor tersebut,” katanya.

NSSTF, yang akan dipengerusikan oleh Tengku Zafrul, dijangka mengukuhkan lagi sektor yang kini menyumbang 13 peratus kepada aktiviti pemasangan, ujian dan pembungkusan cip di seluruh dunia dan 10 peratus kepada pasaran semikonduktor global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here