Infineon labur Euro 7 bilion bagi kilang pemasangan cip silikon karbida di Kulim

1501

Infineon mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak EUR5 bilion (RM25 bilion) bagi kapasiti pengeluaran tambahan kemudahan cip silikon karbida di Malaysia.

Pengeluar cip Jerman itu memperuntukkan pelaburan lebih besar selepas mengambilkira peralihan industri automotif kepada kenderaan elektrik (EV).



Menurut Financial Times, sebelum ini syarikat yang berpangkalan di Munich itu mengumumkan pelaburan sebanyak EUR 2 bilion (RM10 bilion) bagi kemudahan di Kulim dan meningkat kepada EURO 7 bilion (RM34.9 bilion).

Ia merupakan sebahagian besar komitmen pembelian dan prabayaran daripada pelanggan di rantau ini, termasuk pembuat kereta China, SAIC dan Chery.

Dianggarkan separuh daripada pendapatan Infineon adalah daripada syarikat automotif. Syarikat itu, menambah satu lagi sumber pendapatan iaitu dalam bidang EV yang mana memerlukan lebih banyak cip berbanding enjin pembakaran dalaman.

“Arah aliran pasaran semikonduktor terus membentangkan gambaran bercampur. Permintaan kekal tinggi dalam industri automotif dan tenaga boleh diperbaharui,” kata Ketua Eksekutif Infineon, Jochen Hanebeck.

Infineon adalah antara syarikat besar Jerman yang lain seperti Volkswagen dan BASF yang menghadapi tekanan dari Berlin untuk mengurangkan kebergantungan kepada China. 

Infineon merekodkan jualan setahun sebanyak Euro 16.2 bilion (RM80 bilion) dan memperoleh keuntungan Euro 3 bilion (RM14 bilion) sebelum cukai dalam tempoh sembilan bulan yang berakhir pada bulan Jun.

Jürgen Wagner, penganalisis di broker Stifel, positif terhadap prapembayaran daripada pelanggan di Asia yang mendorong pelaburan tambahan di Malaysia dan menjangka Infineon akan mendapat keuntungan jualan sepenuhnya menjelang 2030.

Bina kemudahan yang terbesar di dunia

Sementara itu, Berita Harian melaporkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Infineon Technologies AG mendedahkan rancangannya untuk membina kemudahan yang terbesar di dunia bagi 200mm SiC (silikon karbida) Power Fab.

Beliau berkata, kemudahan baru terbesar dunia itu akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengembangan Infineon bagi kemudahan silikon karbida bertaraf dunia mereka di Kulim katanya mewakili peristiwa penting dalam perjalanan Malaysia ke arah kemampuan membangunkan pembuatan termaju. 

Di samping itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan tambahan sebanyak RM25 bilion itu dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul 3 – lapor Malay Mail.

“Saya mengalu-alukan pengumuman pelaburan daripada Infineon yang membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.

“Pengumuman ini adalah lanjutan daripada perbincangan saya dengan pihak syarikat iaitu Ketua Pegawai Operasi, Dr. Rutger Wijburg, pada 24 Julai lalu,” katanya.

Beliau juga berkata sejak lima dekad lalu, Infineon menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan cip semikonduktor di Batu Berendam, Melaka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here