“Ingatkan gaji RM10k dah cukup, rupanya sampai masa terbeban nak bayar RM3k sebulan,” kongsi seorang wanita

786

Seorang wanita berkongsi sebuah video di akaun TikTok miliknya yang menyatakan rasa kesal memilih Toyota Vellfire.

“Itulah silap Ain, ingatkan gaji RM10k dah cukup nak pakai gajah ni. Rupanya sampai masa terbeban nak bayar RM3k sebulan.

 



@aien_suraya

belum mampu lagi 🥲🥲🥲

♬ bunyi asal – hilang

“Mula-mula memang rasa mampu sebab tengah dilamun cinta percayalah sampai masa kita akan rasa benda ni tak perlupun sebenarnya.

“Cukup ada kenderaan yang selesa dan sampai ke destinasi. Dengar nasihat Ain ni tau supaaya tak terjerat dengan hutang,” tulisnya dalam video.

Video itu mendapat sehingga 1.2 juta tontonan. Bagaimanapun, dipercayai video itu hanya sekadar konten.

 

@aien_suraya

lepas ni mesti kawan semua hilang sebab vellfire sewa ni dah takde dah 🥲

♬ original sound – MVM Music

Ini kerana sebelumnya wanita yang menjual tudung bawal berkenaan berkongsi video MPV putih itu perlu dipulangkan semula kerana sudah tamat tempoh sewaan. 

“Ain sewa nak buat konten saja hari tu, nak beli memang tak mampu monthly RM3k+++. Walaupun hanya mampu sewa, tapi Ain suka sangat sebab dapat merasa,” tulisnya pada video yang dimuatnaik dua hari lalu. 

 

@aien_suraya Replying to @Natasha.legacy ♬ suara asli – 𝙁en 𝘽kan 𝙎ad𝘽oy🎭

Selain itu, video terkini di akaun TikTok wanita berkenaan berkongsi membeli sebuah Honda City.

“Sebulan RM1kje, hidupun tak tertekan nak fikir komitmen setiap bulan. Barulah tenang hidup gaji 10k pakai Honda 1k sebulan. Tak perlu dah nak ikat perut, lepas ni nak travel setiap bulanpun bolehkan.

“Jangan malu untuk downgrade kereta, pedulikan mulut orang, hidup kita,” kongsinya. 

Jika ingin membeli sebuah kenderaan mengikut tahap gaji, boleh klik DI SINI.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here