Utama Berita Automotif PM : Subsidi bahan api cecah RM 5 bilion sebulan

PM : Subsidi bahan api cecah RM 5 bilion sebulan

13

Kos subsidi bahan api negara kini mencecah RM5 bilion sebulan susulan ketidaktentuan harga minyak mentah global akibat perang Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peningkatan mendadak itu jauh melepasi peruntukan kerajaan yang sebelum ini sekitar RM700 juta sebulan ketika pengumuman subsidi Budi Madani RON95 (RON95) dibuat.

“Kalau harga setakat sekarang, RM5 bilion satu bulan. Bayangkan 10 bulan, RM50 bilion dari dana kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Warga Kementerian di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada Isnin.

Anwar berkata, keadaan tersebut memerlukan penjawat awam memahami kekangan sebenar kerajaan dalam menguruskan subsidi bahan api agar tidak timbul salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Mana-mana ketua jabatan dalam mesyuarat itu terangkanlah sikit. Tidak boleh kata ini urusan Kementerian Ekonomi atau Kementerian Kewangan. Tak, ini urusan kita,” jelasnya.

Beliau berkata, Malaysia masih mengekalkan harga RON95 pada kadar rendah berbanding negara lain, namun langkah itu memberi implikasi besar kepada perbelanjaan negara.

“Satu dunia tidak ada yang boleh menyaingi kita. Kita (Malaysia) paling rendah di dunia, RM1.99 (RON95), melainkan Brunei,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here