Kelab ‘RIDER SOCIETY” Berkualiti dan Berkuantiti Demi KONGSI MINAT

380

“Kongsi Minat.” Satu Tag line keramat yang telah melahirkan kelab motosikal dan dinobatkan “Rider Society”(RS). 

Bukan satu perkara mustahil seandainya punyai minat yang sama menjadi aset dalam menyatukan pelbagai bangsa dan agama tanpa mengira peringkat umur.

Menyingkap sejarah Rider Society,segalanya bermula pertengahan bulan Julai 2021.Iaitu hasil perbincangan 10 orang rakan sama minat dan sama jenama motosikal.

Keputusan menambah ahli sama jenama di samping “Kongsi Minat” telah dipersetujui sebulat suara oleh mereka yang merupakan perintis kelab RS.

Menurut Salah seorang pentadbir kelab RS yang lebih mesra di panggil Rayme, Tag Line berkenaan merupakan menu dalam usaha mengamit ahli baru.

Rayme salah seorang admin kelab RS

Kami tidak rasis dan tidak begitu cerewet dalam memilih ahli baharu.Keselamatan serta patuhi undang-undang yang sedia ada itu merupakan moto RS.

Lesen motosikal dan cukai jalan motosikal yang sah.Setiap ahli wajib mempunyai 2 elemen berkenaan.

Sementara umur paling minima yang melayakkan untuk menjadi ahli RS adalah 18 tahun.Terkini jenama motosikal adalah bebas dan 150cc keatas.



Rayme juga menjelaskan,Rider Society dalam usaha meneruskan legasi telah menubuhkan grup Rider Society Zon Timur melibatkan negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang.

Ternyata undang-undang yang diterapkan kepada ahli RS membuahkan hasil.Impaknya kuantiti keahlian semakin bertambah saban hari. 

Kelab RS boleh dikategorikan satu kelab motosikal berkualiti. Ini dibuktikan dengan kemunculan Rider Society Rescue Team.

RS Rescue Team merupakan tim awalan yang digerakkan bila-bila masa diperlukan.

Fungsi tim ini bertindak sebagai pasukan awalan yang turun membantu ahli yang ditimpa musibah.Ahli tim ini dipilih berdasarkan beberapa faktor.

Mahir tentang motosikal,asas perubatan dan mempunyai sijil yang sah dan mahir dalam bidang saikoloji, demkian tegas Rayme mengakhiri wawancara dengan Motoqar.

Motoqar berkesempatan beramah mesra dengan ahli-ahli RS di acara Barbeku yang diadakan di Pantai Morib baru-baru ini.

Siapa sangka kelab motosikal yang masih muda penubuhannya, popularitinya begitu cepat dengan keahlian seramai 320 orang yang juga membabitkan 30 orang penunggang wanita.

Pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya beriadah sesama ahli, santuni ahli ditimpa musibah,mendidik ahli tatacara berkonvoi dengan mengadakan sesi penerangan dan praktikal.

Sebahagian penunggang wanita Kelab RS

Tidak ketinggalan juga menyertai aktiviti solat subuh berjemaah bersama rakan permotoran dari kelab lain di Masjid Putra baru-baru ini. 

Walaupun majoriti ahli RS berumur bawah 30an jelas terpancar komitmen yang ditonjolkan setiap ahli cukup membuktikan tag line Kelab RS menepati sasaran.

Kepujian harus diberikan kepada 14 orang pentadbir(Admin) Rider Society yang sentiasa menzahirkan idea-idea bernas demi keutuhan grup.

 

Galeri –  

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here