[Video] Pesawat Hawk 208 tergelincir, lapangan LTSAH ditutup sementara

21

Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat BAe Hawk 208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 5 petang tadi.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan landasan tersebut bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan dijalankan.

“Satu notis kepada juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berlanjutan hingga 10.30 malam ini.

“Sepanjang tempoh ini, semua operasi penerbangan di LTSAH akan terjejas.

“Semua penumpang, termasuk jemaah yang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji, dinasihatkan untuk merujuk kepada syarikat penerbangan atau Lembaga Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka,” menurut kenyataan itu.

Pihak lapangan terbang akan mengeluarkan maklumat terkini sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here