
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPD) menawarkan kompaun saman terpilih sehingga 50 peratus bermula Sabtu ini (10 Mei).
Pembayaran hanya boleh dilakukan di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh sempena Pameran Pencegahan Jenayah PDRM Perak.
Pihak berkuasa menasihati orang ramai membuat semakan awal saman melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi mengelak kesesakan.
Kaunter dibuka pada 10 Mei bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
Selain itu, pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan buat pengunjung antaranya
pameran PDRM serta agensi kerajaan dan swasta, kaunter pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan jualan Rahmah MADANI.