Wanita maut tercampak dari van di Kesas

100

Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari van di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya, petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Aidil Bolhassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki pada jam 2.58 petang.

“Mangsa berusia 44 tahun berasal dari Menglembu, Ipoh dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat dan pemandu van melarikan diri serta motif kejadian masih dalam siasatan.

Menurut laporan Sinar Harian mayat wanita tersebut disahkan bukan Pamela Ling Yueh, yang diculik semasa dalam perjalanan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Aidil Bolhassan berkata van tersebut tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here