Perodua bakal pamer versi pengeluaran EV eMO di Malaysia Autoshow?

13

Menjelang Malaysia Autoshow (2025) Khamis ini, Perodua mengeluarkan teaser di akaun rasmi Facebook menerusi tema reruai ‘Mobiliti Pintar Masa Depan’.

Pada poster berkenaan turut diletakkan sebuah kereta yang mirip model konsep kereta elektrik (EV) eMO-ii.

Baru-baru ini, versi prototaip EV berkenaan dikesan menjalani ujian enduran di jalan raya dan pelancaran EV pertama Perodua itu dikatakan hujung tahun ini.

PAMERAN SIRI eMO 

Perodua mula mempamerkan model konsep elektrik menerusi eMO (Electric Motion Online) di Malaysia Aushow (2023).

Kemudian, model skala eMO-I yang pada dasarnya merupakan rekaan semula sebuah Myvi (Myvi Conversion) didedahkan pada Malaysia Autoshow (2024).

Sementara eMO-II berskala penuh yang mendapat badan dan platform baharu didedahkan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS), Disember 2024. 

Jadi untuk tahun ini adakah Perodua bakal mempamerkan versi konsep yang mirip dengan model pengeluaran?. 

Berdasarkan imej intip yang dirakam pengguna media sosial, EV itu dilengkapi dengan lampu depan terpisah, hendal pintu yang disatukan dengan badan, rekaan cermin belakang yang curam serta lampu belakang ‘sebenar’. 

Tidak banyak perincian teknikal didedahkan, sebelum ini spesifikasi eMO-II antaranya pecutan ke 100kmj kurang 7 saat, jarak pemanduan sehingga 410km dan menggunakan bateri litium ion fosfat (LFP) oleh CATL.

INFORMASI RINGKAS 

EV pertama Perodua ini merupakan pembangunan dalaman yang mana berbeza dengan model Perodua sedia ada yang sering berkongsi platform atau berasaskan model Daihatsu/Toyota.

Ini kerana Daihatsu tidak mempunyai platform EV yang sesuai untuk rujukan.

1) Asas Konsep (eMO Series) :

Perodua telah mempamerkan beberapa evolusi konsep EV di pameran permotoran Malaysia:

  • eMO (Malaysia Autoshow 2023): Model skala
  • eMO-I (Malaysia Autoshow 2024): Prototaip rekaan semula Myvi (Myvi Conversion)
  • eMO-II (KLIMS 2024): Versi skala penuh (badan & platform baharu sepenuhnya)
  • eMO-III? (Malaysia Autoshow 2025): Dijangka konsep yang paling hampir dengan model produksi

2) Spesifikasi Teknikal Awal (KLIMS 2024):

  • Pecutan (0-100 kmj): 7 saat 
  • Jarak Pemanduan : 410 km 
  • Bateri: Litium ion fosfat (LFP) dari CATL, kapasiti bateri belum dinyatakan
  • Komponen Bateri & Motor: Pada mulanya akan diimport, tetapi Perodua bercadang untuk memasangnya secara dalaman pada masa depan

3) Jangkaan Harga :

  • Sebelum ini Perodua pernah menyatakan kemungkinan harga sekitar RM80,000 tetapi tanpa bateri 
  • Bateri mungkin akan ditawarkan melalui kaedah langganan
  • Saingan utama adalah model bakal lancar Proton e.MAS 5 

Sebelum ini, Perodua berkata bakal memperkenalkan dua model untuk tahun ini, adakah salah satu daripadanya adalah produk EV?.

Kredit Foto Spyshot : Meng Lee Chen

  1.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here