#video: Perodua pamer prototaip EV pertama dikenali Myvi Conversion

164

Perodua mempamerkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya dikenali sebagai Myvi Conversion yang akan menjadi asas kepada pembuat kereta kompak itu dalam membangunkan teknologi elektriknya.

Prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama:

  • Bangku pengujian kuasa (power bench)
  • Rangkaian penggerak kuasa (power converter)
  • Rekaan keseluruhan rangkanya

Ia dibuat di Malaysia, manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.



Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, proses pembangunan bangku pengujian kuasa itu dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

Menurutnya, kerjasama itu untuk memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan pada jentera EV.

Kerjasama berkenaan bermula sejak September 2022, menyaksikan Perodua dan ketiga-tiga universiti terbabit bekerjasama untuk membangunkan rangkaian penggerak kuasa EV dari peringkat asas. Kerjasama berkenaan membuka peluang kepada semua pihak untuk meningkatkan kepakaran dan kemampuan masing-masing dalam bidang EV.

Zainal berkata, projek itu adalah permulaan bagi Perodua dan mahu menjadikan permulaan yang dekat dengan hati rakyat Malaysia

“Kami memilih Perodua Myvi sebagai model pilihan bagi projek ini kerana ia adalah model kereta kami yang telah memenangi hati kebanyakan rakyat Malaysia.

“Walaupun rupa sebenar EV kami berbeza daripada apa yang dipamerkan di sini, tetapi yakinlah bahawa kereta elektrik Perodua bakal membuat kemunculan dalam pasaran,” katanya.

Pada masa sama, Zainal berkata, pembinaan kenderaan EV Perodua dalam mengikut jadual yang ditetapkan, harga dijangka antara RM50,000 sehingga RM100,000.

Tonton Video EMO-1 di bawah:

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here