smart Malaysia buka tempahan smart #3: 333 pelanggan pertama terima barangan eksklusif bernilai RM1,500

171

Sempena Malaysia Autoshow 2024, smart Malaysia mempertontonkan dan membuka tempatan kenderaan elektrik kedua jenama itu menerusi SUV Coupe smart #3 kepada orang ramai.

Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500. Tawaran terhad ini dikhaskan kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan  RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.

smart #3 ditawarkan 3 varian untuk pasaran Malaysia membabitkan: 

  • Brabus
  • Premium
  • Pro

Setiap varian menawarkan ciri-ciri unik, dari segi reka bentuk hingga kecekapan pemanduan dinamik. Varian seperti BRABUS dan Premium, kedua-duanya menawarkan pengecas AC 22kWj yang terbaik dalam segmennya dengan keupayaan untuk mengecas bateri anda dari 10 hingga 80 peratus dalam masa kurang dari 3 jam. 



Selain itu, smart #3 juga menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.

smart #3 Premium: Menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif, Gril Hadapan Bercahaya, dan Bateri NCM 66kWj. Ia dilengkapi dengan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang kenderaan, memberikan jarak WLTP sehingga 455km.

smart #3 BRABUS: Mempamerkan masa pecutan 0-100km/j dengan Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat. Bagi memberi kuasa kepada prestasi luar biasa ini, smart #3 BRABUS dilengkapi kuasa pemanduan dwi-motor dengan pacuan empat roda (AWD) 315kW/543Nm, memastikan pengendalian dan daya cengkaman yang luar biasa dan dapat memberikan jarak WLTP sehingga 415km.

smart #3 memiliki dimensi 4,440 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,600 mm tinggi, bersama jarak roda sejauh 2,785 mm. Berbanding smart #1, ia lebih panjang 170 mm dan 36 mm lebih tinggi dengan jarak roda melebihi 35 mm.

Tempah smart #3 di pengedar rasmi smart yang terdekat atau melalui Aplikasi Hello smart.

Baca juga

>> ProNet bakal lancar Smart #3, ini pandangan pertama kami tentang SUV coupe tersebut…

GALERI

SMART #3 BRABUS

SMART #3 PRO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here