
PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, hari ini melancarkan Promosi Raya istimewa untuk Proton e.MAS 5 susulan prestasi cemerlangnya sebagai kenderaan elektrik (EV) terlaris di Malaysia selama dua bulan berturut-turut pada tahun 2026.
Sehingga Februari 2026, jumlah angka pendaftaran Proton e.MAS 5
melepasi 5,000 unit jualan di seluruh negara, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai EV No1 di Malaysia.
Permulaan tahun yang kukuh dengan sebanyak 3,068 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan pada bulan Januari, dengan momentum berterusan pada bulan Februari apabila sebanyak 1,562 unit lagi diserahkan kepada pelanggan, mencerminkan permintaan berterusan serta keyakinan pengguna semakin meningkat terhadap model ini.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 5, serta sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba, PRO-NET melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, berkata, sambutan luar biasa terhadap Proton e.MAS 5 melebihi jangkaan, membuktikan rakyat Malaysia bersedia menerima mobiliti elektrik apabila ditawarkan produk mampu milik, praktikal, dan berteknologi tinggi.
“Rebat Raya ini adalah cara kami dengan rendah diri mengucapkan ‘Terima Kasih’ kepada pelanggan atas kepercayaan mereka, sambil meneruskan misi kami mempercepatkan penerimaan EV di seluruh negara,” katanya.
Tempah Proton e.MAS 5 anda sebelum 23 Mac 2026 dan nikmati rebat Raya RM500!
Rebat Raya RM500 bagi Proton e.MAS 5 adalah sah untuk semua tempahan dibuat sehingga 23 Mac 2026, sekali gus memberi lebih ramai rakyat Malaysia peluang untuk menyambut Hari Raya bersama EV No.1 negara.
Pelanggan layak untuk menerima rebat ini dengan syarat-syarat berikut:
- Tempah Proton e.MAS 5 sebelum 23 Mac 2026 dan lengkapkan pendaftaran kenderaan selewat-lewatnya pada 30 September 2026
- Pelanggan yang telah membuat tempahan dan mendaftarkan Proton e.MAS 5 mereka antara tarikh pelancaran rasmi pada 31 Oktober 2025 sehingga 23 Mac 2026 juga layak menerima rebat RM500 tersebut
Untuk maklumat lanjut dan menebus rebat ini, pelanggan digalakkan untuk melawat dan bertanya di bilik pameran Proton e.MAS terdekat.
Selain insentif tersebut, semua pelanggan juga akan menikmati harga pelancaran khas yang dilanjutkan, bersama jaminan kenderaan selama enam tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan lapan tahun atau 160,000 km bagi bateri bervoltan tinggi dan komponennya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial).
Tertakluk pada terma dan syarat
Promosi Rebat Raya RM500 ini tidak sah untuk pelanggan yang sebelum ini telah menikmati rebat tempahan Early Bird.


