Utama Berita Automotif Proton X90 rasmi lancar, harga mula RM99,800

Proton X90 rasmi lancar, harga mula RM99,800

10

Proton rasmi melancarkan PROTON X90 ke pasaran tempatan menerusi tiga pilihan varian pada harga mula RM99,800. 

Bagi meraikan peluncuran tersebut, Proton menawarkan Pakej Pelancaran Khas kepada 2,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan kenderaan sebelum 30 Jun 2026, termasuk rebat sebanyak RM7,000 menjadikan harga X90 :

  • 1.5TD Prime X : RM115,800
  • 1.5TD Prime : RM109,800
  • 1.5TD Lite : RM99,800

Selepas promosi berakhir, harga jualan sebenar Proton X90 adalah :

  • 1.5TD Prime X : RM122,800
  • 1.5TD Prime : RM116,800
  • 1.5TD Lite : RM106,800

SUV 7-tempat duduk berkenaan menggunakan enjin i-GT 1.5 liter empat silinder turbo yang menghasilkan kuasa 181PS dan tork 290Nm bersama transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan. 

Keselesaan pengendalian disokong oleh suspensi belakang multi-link, mod pemanduan serta Electronic Parking Brake dengan Auto Brake Hold.

Dengan kapasiti ruang bagasi sehingga 2,050 liter, X90 menawarkan fleksibiliti yang sesuai untuk pelbagai keperluan harian.

Bahkan, tawaran rel bumbung dengan keupayaan beban sehingga 75kg membolehkan bawaan barangan tambahan untuk aktiviti riadah.

Sebagai sebuah SUV keluarga, ia turut didatangkan dengan ciri peralatan seperti tempat duduk kulit Nappa, fungsi pengudaraan bagi kerusi barisan pertama dan kedua, kerusi pemandu pelarasan kuasa enam hala dengan sokongan lumbar, kerusi penumpang hadapan pelarasa kuasa empat hala dengan fungsi ‘Boss’ dan penyaman udara automatik dwi zon dengan penapis udara.

Hiburan dalam kabin menjadi semakin mudah dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar ke skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci. 

Ciri keselamatan yang ditawarkan antaranya enam beg udara, kamera HD 360 darjah dengan paparan Lut Sinar 180 darjah, Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS), Walk Away Auto Lock, lampu Follow Me Home, serta enam sensor parkir.

Setiap pembelian 2026 PROTON X90 didatangkan dengan Pakej Standard Proton, direka untuk memberikan keyakinan sejak hari pertama. Ini termasuk:

  • Pro-Warranty* : Jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan serta servis buruh percuma selama 5-tahun
  •  Pro-Finance* : Pilihan pembiayaan sehingga 9-tahun dengan kadar faedah bermula dari 1.95% setahun
  • Pro-Xchange* : Sokongan RM4,000 bagi pelupusan kenderaan tukar beli yang tidak lagi layak digunakan di jalan raya

Sementara itu, 2,000 pembeli awal Proton X90 bakal menikmati manfaat :

  • Pro-Trade-In* yang menawarkan sokongan tukar beli sehingga RM3,000
  • Pelanggan juga boleh memilih Program Insurans PROTON, Pro-Shield* yang menyediakan perlindungan dipertingkatkan termasuk bencana khas, penambahan bantuan banjir sehingga RM2,000 serta perlindungan kemalangan diri penumpang sehingga RM15,000 seorang untuk maksimum empat penumpang.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here