Utama Berita Automotif JPJ siasat dakwaan nombor plat dipindah milik tanpa kebenaran

JPJ siasat dakwaan nombor plat dipindah milik tanpa kebenaran

383

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan siasatan berhubung seorang individu yang mendakwa nombor pendaftaran kenderaan milik syarikatnya telah dipindah hak milik tanpa kebenaran.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan menyiasat mengenai dakwaan tersebut serta mengambil tindakan berdasarkan prosedur dan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Tidak dinafikan sebelum ini memang ada beberapa aduan yang diterima berkaitan penukaran hak milik tanpa kebenaran pemilik asal.

“Tindakan diambil dari semasa ke semasa, sekiranya ada aduan dibuat. la dilaksanakan berdasarkan prosedur dan juga perundangan semasa,” katanya. 

Terdahulu seorang ahli perniagaan perkhidmatan kereta sewa mendakwa nombor pendaftaran Toyota Alphard milik syarikatnya dipindah hak milik tanpa kebenaran selepas disewakan kepada ejen kereta sewa, Januari lalu. 

Kenderaan berkenaan yang memiliki nombor pendaftaran popular dan unik iaitu P111, didakwa telah dibawa ke sebuah bilik pameran kereta terpakai di Puchong, Selangor tanpa pengetahuannya, selain turut mendakwa beberapa rakannya yang mengumpul nombor pendaftaran kenderaan istimewa’ dan ‘unik’ turut berdepan situasi sama.

Aedy Fadly berkata JPJ komited membantu pemilik namun perlu meneliti setiap kes secara terperinci sebelum sebarang tindakan diambil bagi memastikan keputusan dibuat berlandaskan fakta dan perundangan.

“Ini kerana kemungkinan sesetengah dakwaan tidak tepat, termasuk situasi pemilik yang merasakan nombor pendaftaran itu masih miliknya walhal penukaran telah dilakukan secara sah,” katanya.

Mengulas kemungkinan penglibatan pihak dalaman, beliau tidak menolak perkara itu namun menegaskan siasatan menyeluruh perlu dijalankan terlebih dahulu dan setiap kes akan diteliti secara kes demi kes sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here