Honda Civic Type R 2019 dikemas kini

4078

Honda Civic Type R 2019 dan Civic Hatchback ini diberi sentuhan baru yang menarik. Namun ia hanya menerima sedikit perubahan berbanding model sebelum ini.

Kebanyakan perubahan yang dilakukan adalah pada reka bentuk dalaman dan naik taraf penggunaan teknologi.

Honda Civic Type R 2019

Antara teknologi yang dinaik taraf pada model ini ialah sistem infotainment yang mana ia dilengkapi dengan tombol kelantangan bunyi serta butang untuk sistem HVAC.



Model ini juga di naik taraf dari segi sistem kawalan suara yang mana ia dapat menerima arahan melalui suara.

Selain itu, pengawalan sterengnya juga diperbaiki, pemegang cawan yang lebih besar dan lampu indikator brek parking.

Civic Type R 2019 hadir dengan satu warna baru iaitu warna kelabu Sonic Pearl Gray, seperti didalam gambar.

Jentera ini masih menggunakan enjin yang sama dengan model terdahulu. Ia menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 306 hp dan tork 400 Nm. Ia menggunakan transmisi manual enam kelajuan.

Honda Civic Hatchback

Bagi Civic Hatchback pula ia akan hadir dengan varian LX, Sport, EX, EX-L dengan ciri navigasi serta varian Sport Touring.

Model Hatchback menggunakan enjin turbo empat silinder 1.5 liter menghasilkan 174 hp manakala bagi varian Sport Turbo akan hasilkan 180 hp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here