JPJ bakal lelong 47 kenderaan termasuk kereta mewah

4010

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan mengadakan lelongan awam 47 kenderaan akhir bulan ini, termasuk lelong 20 kereta mewah yang disita atas pelbagai kesalahan.

Antara kereta yang bakal di lelong oleh JPJ
Antara kereta yang bakal di lelong oleh JPJ. Imej: NSTP

Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, 47 kenderaan yang akan dilelong itu termasuk 18 motosikal, sembilan pelbagai kenderaan dan 20 kenderaan klon.

Beliau berkata, antara kenderaan paling diminati ramai dan akan dilelong adalah Honda Odyssey (lima), Honda Jazz (empat), Honda Stream (tiga), Honda City (satu), Toyota Wish (dua), Subaru Impreza (tiga) dan masing-masing satu Subaru Forester serta Nissan Sentra.



Beliau berkata, sebahagian besar kenderaan yang terbabit dalam lelongan awam itu adalah kereta klon. Termasuk yang dirampas dalam beberapa operasi dilakukan JPJ negeri.

“Orang awam yang berminat membeli kenderaan lelong itu boleh mendapatkan dokumen penjualan lelong di Ibu Pejabat JPJ negeri,”. Katanya pada sidang media Penutup Operasi Hari Raya, di sini, hari ini.

Katanya, jumlah kenderaan yang disita dalam tempoh Ops berkenaan diadakan adalah sebanyak 11 buah. Termasuk tujuh motosikal atas kesalahan tiada cukai jalan, cukai jalan tamat tempoh dan tiada insurans perlindungan.

“Tiga kereta jenis Mini Cooper dan Honda Jazz serta satu van pelancong yang disyaki kenderaan klon kerana melakukan kesalahan mempamer nombor pendaftaran dan cukai jalan kenderaan lain serta insurans tamat tempoh turut disita,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here