Honda City 2020 sedang diuji di Thailand

3609

Honda City generasi baru nampaknya sedang dalam tahap pembangunan terakhir selepas dikesan di khalayak ramai. Honda City untuk tahun 2020 dalam segmen C itu kini dikesan dengan diliputi pelekat penyamaran ketika membuat ujian di Thailand.

Generasi sebelum ini iaitu keenam sudah dilancarkan pada 2014 dan tiba masa untuk pengenalan model baharu.

Berdasarkan bentuk hadapannya, Honda City di Thailand itu menerapkan ciri revolusi baharu seakan-akan mengambil rekaan Honda Accord yang baharu. Bonetnya juga kelihatan berbeza dengan generasi yang kini dijual pasaran Malaysia.



Bahagian belakang, agak sukar untuk melihat apa perbezaannya. Cuma di bahagian but kelihatan seperti ada spoiler kecil atau lebih dikenali sebagai ‘ducktail’.

Kelibat Honda City 2020 di Thailand
Kelibat Honda City 2020 di Thailand

Sebelum ini, laporan dari Autoindustriya yang memetik sumber dari Headlightmag, City serba baharu dijangka diperkenalkan hujung tahun ini. 

Sedan segmen B yang berkongsi pelantar dengan Jazz/Fit itu dikatakan bakal menerima enjin baharu 1.0-liter turbo 3-silinder.

Enjin turbo 1.0-liter itu mampu menjana 129 PS (City sekarang berkuasa 120 PS atau 118 hp).

Tork pula bakal melihat lebih peningkatan. Berbanding City sekarang yang mempunyai 145 Nm, enjin 3-silinder turbo itu akan menjana 200 Nm (55 Nm lebih).

Transmisi berkemungkinan besar unit yang sama iaitu CVT. Beberapa pasaran asing mungkin memperoleh pilihan manual 6-kelajuan juga. 

Menurut laporan itu lagi, enjin 1.0-liter itu kini ditawarkan pada Civic untuk pasaran Eropah. Dengan itu, tidak mustahil enjin 1.5-liter pada City sekarang akan turut ditawarkan pada Honda City 2020 sebagai varian asas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here