Mercedes S 560 e dilancarkan, sedan mewah hibrid dengan 476hp dengan 700Nm tork

218

Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan sedan mewah terkini mereka, S 560 e baharu. Model PHEV (plug-in hybrid) CKD ini menjadi tambahan kepada S 450 L petrol yang diperkenalkan tahun lepas.

Sistem pacuan S 560 e menggabungkan enjin 3.0-liter V6 spark-ignition (367hp) dengan output elektrik (122hp). Ini memberikannya jumlah output sebanyak 476hp. Tork pula ialah 700Nm.

 

S 650 e mendapat unit bateri lithium-ion baharu berkapasiti 13.5 kWh yang memberikannya jarak pemanduan EV (elektrik sepenuhnya) sehingga 50 km.

Bateri ini memerlukan masa kira-kira enam jam jika dicaj dari pengecaj rumah manakala kira-kira kurang dua jam dari pengecaj awam.

Sebagai sebuah sedah mewah, S 560 e diberikan kulit Nappa, pakej kemasan Exclusive and kemasan kayu high gloss burr walnut.  

Ia juga dilengkapi pakej Chauffuer untuk anda yang mempunyai pemandu peribadi. Pakej ini membolehkan tempat duduk depan dilaras oleh penumpang belakang dengan fungsi EASY ADJUST.

Ciri mewah lain termasuklah pre-entry climate control yang melaras tetapan suhu pendingin hawa, pemanas tepat duduk, roda stereng, perehat tangan dan pengudaraan tempat duduk sebelum pemandu atau penumpang masuk ke kereta.

Mercedes S 560 e dijual pada harga anggaran RM658,888 dan datang dengan tawaran Agility Financing.

Komen anda mungkin membantu