Proton X70 edisi Merdeka dilancarkan

2145

Sempena sambutan bulan kemerdekaan Ogos ini, Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 Edisi Merdeka (EM).

Ia ditawarkan melalui varian premium dengan dua pilihan warna iaitu Putih Snow atau Merah Flame serta tampil dengan ciri eksklusif.

Pada bahagian luaran, Proton X70 edisi merdeka diberi sentuhan dua warna dengan bahagian bumbung dan tiang-A diwarnakan hitam quartz.



Ia turut dilengkapi visor pintu dengan plat pelindung (scuff plate) pada bampar belakang dan logo ‘Merdeka Edition’ pada pintu but.

Ruang dalaman didatangkan dengan alas kaki baharu, pelapik but belakang dan lambang Merdeka Edition dengan nombor siri pengeluaran khas.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, model edisi terhad ini sebagai simbolik kemerdekaan negara dengan beberapa ciri yang membezakan ia dengan model X70 standard lain.

“Sebagai menghargai sokongan pelanggan dan kerajaan Malaysia, Proton menawarkan kenderaan khas bagi menyambut hari kemerdekaan yang menjadi sebahagian koleksi menarik buat pemilik jenama ini,” katanya ketika melancarkan model itu di Kuala Lumpur.

Proton X70 edisi Merdeka masih mengekalkan enjin 1.8 liter ‘Turbo Gasoline Direct Injection’ (TGDI) dengan kotak gear transmisi enam kelajuan automatik dan manual, hanya 62 unit X70 EM ditawarkan dan ia dijual pada harga RM126,100.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here