Adakah Lifan LF 150-T Ciplak ADV 150?

2690

Pernah pembaca mendengar nama Lifan LF 150-T? Rasanya ada yang pernah dan banyak yang tidak ambik peduli. Hadirnya Honda ADV 150 telah berjaya mengalih fokus peminat dua roda dari menjeling model keluaran negara China ini.

Mungkin ada yang berkata model Skuter Lifan LF 150-T, di ciplak dari Honda ADV 150.



Jangan cepat melatah, kenyataannya Skuter ini terlebih dulu berada di pasaran iaitu awal tahun 2019. Sedangkan Honda ADV 150 muncul di pasaran pada bulan Julai 2019.

Reka bentuk Lifan LF150-T agak radikal, lampu depannya berbeza dari Honda ADV 150 seperti kotak bentuknya.

Kuasa maksimum diklasifikasikan sebagai lebih rendah, iaitu hanya 11.5hp pada 8,500rpm dan 11Nm pada 5,500 rpm. Enjin 150cc, Injection dengan sistem penyejukan cecair.

Sistem brek ABS juga telah tersedia pada skuter ini.

Dibandingkan dengan Honda ADV 150, Lifan LF150-T kelihatan lebih sederhana. Visor depan penghadang angin tidak jauh berbeza dengan Honda ADV 150.

Walau bagaimanapun, terdapat komponen menarik pada skuter ini yang jelas berbeza dari Honda ADV150.

Komponen tersebut adalah suspensi depan jenis terbalik. Ini menunjukkan Lifan LF150-T kelihatan lebih berdaya tahan di bahagian depan.

Sementara suspensi penggantungan belakang Lifan LF150-T adalah tunggal. Kedudukan suspensi tersebut terletak di tengah. Jelas sekali suspensi model ini adalah tawaran yang berbeza dan menarik.

Apakah pilihan pembaca , Honda ADV 150 atau Lifan LF 150-T. Jika kedua model skuter ini menembusi pasaran negara kita?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here