Nak cari Volkswagen pada harga lebih berpatutan, rujuklah Das WeltAuto

2256

kini anda boleh mula berkira-kira semula untuk memiliki Volkswagen. Ini kerana Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan Das WeltAuto, iaitu program kenderaan terpakai global.

Kenderaan Volkswagen sememangnya jadi idaman ramai anak muda dan mereka yang telah berkeluarga, tetapi kadang-kala faktor harga membataskan pembelian.



Dan usah risau, kerana kenderaan-kenderaan di bawah program ini disokong oleh pengetahuan, standard, proses, penyelesaian dan jaminan global dari Volkswagen Group.

Semua kenderaan diterima untuk tujuan tukar beli (trade-in), malah pelanggan tidak perlu bimbang kerana semua kenderaan yang disahkan oleh Das WeltAuto sudahpun melalui 133-poin pemeriksaan yang ketat dan menyeluruh. Pemeriksaan itu dijalan oleh dan disahkan oleh Juruteknik Kanan Volkswagen.

Pelanggan kenderaan Das WeltAuto bakal menikmati lanjutan jaminan dan bantuan tepi jalan selama setahun. Sebagai tambahan, pelanggan boleh menikmati manfaat Volkswagen Care Plus untuk kenderaan Volkswagen yang berusia lima tahun dan ke atas.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Das WeltAuto merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang berminat untuk menukar dan membeli kereta terpakai.

Buat masa sekarang, Das WeltAuto ditawarkan oleh empat pengedar Volkswagen:  Volkswagen Puchong, Volkswagen Gombak, Volkswagen Alor Setar dan Volkswagen Juru.

Mereka yang berminat juga boleh melihat kenderaan yang ditawarkan di laman web Das WeltAuto. Ia sentiasa dikemas kini, lengkap dengan maklumat terperinci dan pilihan sama ada untuk pertanyaan atau menempah sesi pandu uji.

Volkswagen Fest 2019

Ianya dilancarkan pada acara tahunan Volkswagen Fest 2019 yang berlangsung mulai 30 Ogos hingga 1 September di Setia City Convention Centre. Acara itu kini merupakan edisi ketiga dimana pertama kali ia diadakan adalah pada 2017.

Pengunjung boleh memandu uji serta memanfaatkan pelbagai penjimatan hebat ke atas kereta baharu dan terpakai.

Kereta baru dan klasik Volkswagen juga ada dipamerkan. Kawasan trak makanan, aktiviti menaiki belon udara panas, hiasan seni yang cantik untuk foto di Instagram serta stesen permainan interaktif bagi seisi keluarga turut disediakan. Turut dipamerkan ialah model sedan sporti Volkswagen yang menggiurkan, iaitu Arteon.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here