Charles Leclerc muncul juara GP Itali

1382

Charles Leclerc memastikan kemenangan pertama Ferrari di halaman sendiri Grand Prix Itali sejak 2010 hari ini apabila dia berjaya menyerap tekanan sepanjang perlumbaan daripada dua seteru Mercedes untuk mengesahkan kejuaraan kedua peribadi perlumbaan Formula Satu (F1).

Pelumba kelahiran Monaco berusia 21 tahun, yang mendedikasikan kemenangan sulung pada Ahad lalu sebagai memperingati kenangan bersama rakannya mendiang Anthoine Hubert, yang meninggal dunia dalam perlumbaan F2 sehari sebelum itu.



“Perlumbaan yang hebat! kata Leclerc yang dilihat kepenatan. “Saya tidak pernah berasa sangat penat dalam perlumbaan. Ia sangat sukar. Bagi saya, adalah impian untuk menang di sini kerana ini adalah seperti di hadapan penyokong sendiri ‘tifosi’ – terima kasih kepada semua!”

Lelcerc bersaing rapat di hadapan pelumba di tempat kedua Valtteri Bottas dan rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton yang memberi tekanan sepanjang perlumbaan sehingga masalah tayar mengecewakan mereka.

 

Selepas pit stop lewat, Hamilton kemudian mencatat pusingan terpantas dalam perlumbaan.

Rakan sepasukan Ferrari Leclerc, Sebastian Vettel mengalami nasib malang dan hari yang mengecewakan, mengakhiri perlumbaan di tempat ke-13 selepas berpusing dan menerima penalti selepas terbabit dalam gerak berbahaya.

Hamilton memohon maaf kepada Mercedes dan berkata tayarnya “sudah terlajak ke tepi… saya minta maaf kerana tidak dapat mengawalnya,” katanya.

Juara bertahan lima kali kini mendahului rakan sepasukan Mercedes – Bottas dengan 63 mata dalam kejuaraan pelumba.

Daniel Ricciardo pulang ke halaman sendiri menduduki tempat keempat di hadapan rakan sepasukan Renault, Nico Hulkenberg, pelumba baru Red Bull, Alex Albon, Sergio Perez dari Force India dan Max Verstappen, menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas bermula dari kedudukan ke-19 pencapaian kedua bagi Red Bull.

Hero tempatan Antonio Giovinazzi kembali ke halaman sendiri ke sembilan buat Alfa Romeo mendahului Lando Norris dari McLaren, yang meneruskan aksi mengagumkan pada musim barunya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here