Subaru perkenal model STI S209 2020

3382

Subaru STI S209 edisi terhad baru ini bukan hanya model STI yang paling berkuasa yang pernah ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat, tetapi juga model S-Line yang pertama untuk tiba dinegara itu.

Subaru memperincikan model khasnya yang terkini, yang boleh didapati dalam pengeluaran yang sangat terhad daripada hanya 209 unit, yang akan dilancarkan pada November ini.



Enjin

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 2.5-liter turbocharged boxer yang menghasilkan 341 HP dan 447Nm tork, sebahagiannya unit menerima sentuhan pengecas turbo STI yang lebih besar yang dibuat oleh HKS dan tekanan rangsangan maksimum 18.9 psi berbanding dengan WRX STI pada 16.2 psi.

Satu transmisi manual enam kelajuan laju adalah satu-satunya pilihan yang boleh didapati, manakala sistem pemacu Subaru simetri All-Wheel Drive sepenuh masa mempunyai ciri-ciri pembezaan slip depan dan belakang, Pemacu Pusat Kawalan Pemandu (DCCD), Active Torque Vectoring dan Multi-Mode Vehicle Dynamics Control.

Sistem SI-Drive telah disesuaikan semula untuk Subaru STI S209 2020, masih menawarkan tiga mod untuk dipilih yaitu intelligent, sport dan sport sharp. Jurutera STI menganggap bahawa mod sukan adalah yang terbaik untuk mengendali trek manakala Sport Sharp membantu dalam mencapai masa cepatan terbaik.

Enjin boxer yang dinaik taraf juga mempunyai high-flow yang tinggi dan sistem semburan air intercooler yang beroperasi secara manual melalui steering-wheel paddles. Sebuah pam bahan api aliran tinggi baru, penyuntik bahan api yang lebih besar dan modul kawalan STI turut disediakan.

Bahagian luar STI S209 baru dilengkapi dengan kit badan lebar yang menambahkan 1.7 inci lebar dibandingkan dengan WRX STI standard. Ini kerana kedua-dua trek depan dan belakang lebih lebar sebanyak 0.6 inci manakala roda ringan 19 inci aloi forged BBS yang disertakan dengan tayar Dunlop SP Sport Maxx. Komponen badan kereta juga dilengkapi dengan kit aero model spesifik yang termasuk spoiler hadapan dan canards bumper yang baru, termasuk spoiler belakang. Panel bumbung dibuat daripada serat karbon.

Sistem brek

Sistem brek adalah dari Brembo, dengan enam piston kaliper di depan dan dua piston caliper di belakang, serta rotor cross-drilled steel. Bahagian suspension menggunakan peredam Bilstein yang dicipta khas, stiffer springs, bar penstabil belakang 20mm dan kusyen pillow-type pada bahagian depan dan belakang.

Casis STI S209 ini juga diperkuatkan kepada kerangka rentas depan dan belakang, termasuk front-strut yang fleksibel dan stiffeners depan dan belakang.

Warna

Subaru STI S209 2020 baru boleh didapati dalam dua kombinasi warna/roda: 128 pada warna WR Blue dan roda BBS kelabu dan 81 unit pada warna Crystal White Pearl pada roda BBS emas. Harga belum diumumkan tetapi dianggarkan jumlah boleh mencecah sehingga $ 50,000 (RM209595).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here