Tunggang motosikal untuk tunda kereta menggunakan kaki

1929

Salah satu cara penunggal motosikal membantu penunggang motosikal lain yang mempunya masalah pada jenteranya adalah dengan menunda menggunakan kaki. Walau bagaimanapun, rakaman video yang memaparkan seorang lelaki diperingkat pertengahan umur sedang memandu motosikal sambil tunda kereta menggunakan kaki, tular di media sosial.

Seperti yang dilaporkan oleh Liputan6.com dari akaun Instagram @Roda2blog, kelihatan seorang pemandu motosikal sedang menunda sebuah kereta menggunakan kaki.

Biasanya sesebuah motosikal akan ditunda, tetapi pemandu motosikal ini secara santai tunda kereta menggunakan kaki. Hal ini terus menarik perhatian pennguna jalan raya lain yang merekodkan kejadian ini dalam satu video.



Tidak menggunakan topi keledar, penunggang motosikal itu dilihat hanya mengenakan kain pelikat dan selipar sahaja. Dari video itu, dipercayai bahawa kereta dengan plat kuning itu berasal dari wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Walaupun telah viral, tidak diketahui alasan tertentu mengapa kereta tersebut mesti ditunda oleh penunggang motosikal menggunakan kaki. 

Antara komen netizen tentang kejadian ini:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here