2 Acara Besar Di Sarawak Julai 2020 – 3rd KIBW dan RWMF

1921

3rd KIBW dan RWMF dua acara besar yang pertama kali bakal diadakan serentak dijangka akan menarik lebih ramai pelancong Ke bumi Sarawak pada Julai 2020 nanti.

Bandaraya Kuching yang hampir 2 tahun kesunyian dari acara permotoran, bakal di gegarkan semula pada bulan Julai 2020 nanti.

Sementara Rainforest World Music Festival(RWMF) ialah festival muzik tahunan yang meraikan kepelbagaian muzik dunia, festival yang diadakan bermula tahun 2005 di Kuching, Sarawak.



Kuching International Bike Week yang diadakan setiap dua tahun, kini telah mengesahkan kemunculan semula.

3rd Kuching International Bike Week(KIBW) dengan penganjuran terkini iaitu SAMA(Sarawak Motorcycle Association) dijangka akan membawakan kelainan dan acara lebih besar serta padat dari penganjuran sebelumnya.

SAMA yang baru sahaja selesai perlantikan ahli jawatankuasa baru, Datin Sri Elly Zalilah Md Yusoff  kekal sebagai Presiden serta beberapa muka baru dalam barisan jawatankuasa.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dua acara besar ini jika diadakan serentak akan menambahkan lagi kemasukan pelancong.

Beliau yang di temui oleh media semasa acara kunjungan hormat Presiden dan ahli jawatankuasa SAMA berkata, kedua acara ini merupakan identiti yang berbeza.

Namun jika kedua acara dijalankan serentak dan ianya saling menyokong akan bertambah meriah sekaligus mencatat sejarah.

Ini kerana pemilik motosikal tidak lari dari dunia muzik.

“Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang program termasuk KIBW untuk menjadi sebahagian daripada Kalendar Pelancongan Negeri,” ujar Datuk Abdul Karim.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here