Pelumba negara takluk Litar Antarabangsa Chang

1748

Pelumba negara takhluk Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand iaitu Md Zaqhwan Zaidi, Adam Norrodin, Kasma Daniel Kasmayudin. Md Zaqhwan Zaidi mengungguli perlumbaan pertama pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 kelas elit Asia Superbike 1000cc.

Adam Norrodin yang memenangi perlumbaan pertama kelas SuperSports 600cc dengan seorang lagi pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin turut melengkapkan saingan di kedudukan podium dalam kategori sama.



Zaqhwan yang mewakili pasukan HONDA Asia Dream Racing With Showa melepasi garisan penamat dengan catatan masa 20 minit 56.778 saat (s) dengan pencabar kejuaraan Asia, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaan 13 pusingan itu di tempat kedua.

Keputusan itu menyaksikan Azlan yang berlumba bersama pasukan ONEXOX TKKR SAG Team ketika ini hanya dibezakan dengan tiga mata daripada pendahulu keseluruhan kelas Asia Superbike 1000cc, Broc Parkes dari Australia menuju perlumbaan terakhir, esok. 

Parkes yang mewakili YAMAHA Racing Team ASEAN bergelut untuk menampilkan perlumbaan terbaik apabila sekadar menamatkan perlumbaan pertama di tangga ke-12. Manakala pelumba Thailand, Thitipong Warokorn melengkapkan kedudukan podium di Buriram.

Sementara itu, Adam yang mewakili SIC Junior ZK Racing Team menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan catatan 19 minit 58.355s. Manakala pelumba tuan rumah, Peerapong Boonlert yang juga juara Asia dari YAMAHA Thailand Racing Team di kedudukan kedua.

Mengulas kejayaan yang diraihnya hari ini, kesemua pelumba negara takhluk Litar Antarabangsa Chang belum mahu berasa selesa dengan kejayaan itu. Ini kerana mereka perlu memberi fokus sepenuhnya untuk perlumbaan kedua, esok.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here