Minyak wangi F1 dilancarkan di Abu Dhabi

1986

Peminat setia Formula Satu (F1) yang berdiri berjam-jam menyaksikan perlumbaan tidak lagi terganggu dengan bau hangit tayar dan aspalt litar selepas hujan apabila lima koleksi minyak wangi F1 dilancarkan mulai April depan.

Formula One dan Designer Parfums hari ini mengumumkan pelancaran minyak wangi mewah itu menjelang Grand Prix Abu Dhabi.



Pengeluar haruman mewah itu berkata koleksi itu dikeluarkan hasil daripada ‘keterujaan, minat, teknologi dan dinamik dalam Formula Satu’.

Dalam satu pengenalan produk terbaru itu, pengeluar produk berkenaan menyatakan “ia mengubah bau hangit tayar terbakar dan bau hujan di atas aspalt litar.”

Minyak wangi F1 dilancarkan dan dijual pada harga AS$250 (RM1,050) sebotol manakala koleksi terhad dengan cetakan 3D rekaan Ross Lovegrove dijangka dijual pada harga AS$10,000 (RM4,200) sebotol.

“Wangian dengan rekaan botol unik F1 itu selari dengan kualiti dinamik yang dimiliki oleh sukan tersebut”. Kata Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Formula Satu, Ellie Norman.

Dalam pada itu, Valtteri Bottas mencatat masa terpantas sesi latihan bebas mengatasi rakan sepasukan Lewis Hamilton. Dia juga diberi amaran selepas hampir melanggar pemandu Haas, Romain Grosjean, pagi tadi.

Pemandu Finland itu juga bermula pantas sesi pagi dan terus pantas sebelah petang dengan kelebihan 36.256 saat.

Bottas mencatat 0.310 saat lebih pantas berbanding Hamilton. Hamilton mencatat masa ketiga terpantas sebelah pagi pada litar sepanjang 5.5 kilometer itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here