Lewis Hamilton rangkul petak utama sesi kelayakan GP Abu Dhabi

1176

Lewis Hamilton rangkul petak utama pertamanya dalam tempoh empat bulan ketika pasukan Mercedes AMG PETRONAS mengungguli sesi kelayakan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina, hari ini.

 Lewis Hamilton rangkul petak utama setelah mencatatkan masa 1 minit 34.779 saat untuk mengatasi rakan sepasukannya, Valtteri Bottas yang melakar catatan kedua terpantas tetapi terpaksa memulakan perlumbaan di petak belakang selepas dikenakan penalti susulan penggunaan enjin baharu.



Sekalipun Hamilton meningkatkan jumlah petak utamanya kepada 88 dengan lima daripada di Abu Dhabi, ia adalah petak utama pertama buat pemandu kelahiran Britain itu sejak GP Jerman, Julai lalu.

“Ia satu penantian yang panjang untuk mendapatkan semula petak utama,” kata Hamilton. “Semalam kami agak goyah jadi kami perlu berkerja keras sepanjang malam dan cuba kembali fokus.”

Di radio pasukannya, Hamilton memberitahu krew pasukannya: “Inilah yang saya cari-cari selama ini!”

Pelumba Red Bull, Max Verstappen menamatkan sesi kelayakan selaku pelumba ketiga terpantas. Dia mendahului dua pelumba Ferrari, Charles Leclerc dan Sebastian Vettel manakala Alex Albon mencatat masa keenam terpantas buat Red Bull.

Begitupun, Verstappen dari Belanda akan memulakan perlumbaan di barisan hadapan.

“Ia hari yang baik untuk pasukan,” kata Bottas. “Kami dapat melihatnya pada sesi kelayakan yang kami memiliki kepantasan yang baik dan disebabkan saya memulakan perlumbaan di petak paling belakang. Kami akan menggunakan semangat juang pada perlumbaan esok.”

Verstappen dalam pada itu mengakui kepantasan dimiliki Mercedes tetapi tidak menolak peluangnya untuk muncul juara tetap ada. 

“Saya fikir ini yang terbaik kami boleh lakukan hari ini. Kita tahu yang Mercedes amat dominan di sini tetapi saya fikir kami mempunyai banyak peluang dalam perlumbaan ini.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here