Valtteri Bottas nyatakan ada rancangan tersendiri

1040

Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Valtteri Bottas nyatakan ada rancangan tersendiri untuk dia menewaskan ‘raja’ Formula Satu (F1), Lewis Hamilton musim depan.

Bottas yang terpaksa menghuni tangga kedua di belakang juara dunia enam kali, Hamilton tahun ini berkata, dia akan mengikut naluri dan memberi tumpuan terhadap kekuatan yang dipercayainya mampu mengatasi pemandu Britain itu, selepas ini.



“Saya mempunyai perancangan untuk mencari jalan berbeza bagaimana untuk mencapai matlamat saya,” kata pemandu Finland itu menjelang Grand Prix (GP) Brazil, hari ini.

“Saya lebih suka melakukan perbincangan di litar dan jika saya mampu mengekalkan prestasi saya dan menggunakan segala tenaga terhadap prestasi saya, bermakna ia adalah terbaik untuk saya.

“Jika saya boleh beraksi di tahap yang saya mahukan, kebiasaannya ia akan menyebabkan pelumba di garaj sebelah sedikit mara dan saya juga tahu ia boleh boleh membawa kepada kamu melakukan kesilapan.

Saya mempunyai perancangan untuk tahun depan, tapi saya tidak akan berkongsi mengenainya, tapi kita akan mengetahuinya,” kata Bottas sambil menjelaskan mahu memberi tumpuan bersama jurutera perlumbaan dan berpuas hati dengan perkembangannya.

“Secara keseluruhan, ini adalah musim yang terbaik untuk  dalam F1, tapi masih bukan musim yang saya sasarkan. Saya perlu lebih konsisten dan kurangkan kesilapan, tetapi masih ada perkara yang memberikan perasaan baik serta keyakinan pada masa depan.”

Valtteri Bottas nyatakan ada rancangan tersendiri untuk tewaskan Hamilton yang mana telah menjadi menjadi rakan sepasukannya selama tiga tahun itu. Hamilton bergelar juara dunia dan kejuaraan keenam dilengkapkan menerusi kemenangan di Texas dua minggu lalu berbaki dua lagi perlumbaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here