Apa kelebihan ‘swing arm’ aluminium bagi motosikal harian?

14383

Apakah kelebihan menggunakan lengan ayun (Swing Arm) aluminium untuk motosikal harian? Mungkin para pengguna motosikal yang gemar berlumba biasa dengan lengan ayun yang terbuat dari aluminium.

Lengan ayun atau biasa dipanggil swing arm aluminium sendiri sering digunakan oleh motosikal yang mengambil bahagian dalam perlumbaan drag.



Terdapat beberapa pengeluar alat ganti motosikal mencipta lengan ayun aluminium khusus untuk motosikal harian.

Swing Arm Aluminium

Terdapat dua jenis lengan ayun aluminium, satu untuk perlumbaan dan satu untuk kegunaan motosikal harian ataupun dipanggil ‘hard use‘.

Apakah kelebihan lengan ayun aluminium untuk motosikal harian?

Apa yang pasti ialah beratnya lebih ringan berbanding lengan lengan ayun biasa yang kebanyakannya diperbuat daripada besi.

Swing Arm Aluminium

Jika diperhatikan, bentuk lengan ayun aluminium berbeza dari lengan ayun biasa sesebuah motosikal. 

Ini dapat dilihat bahawa ada bar aluminium yang menghubungkan lengan ayun aluminium bahagian kanan dan kiri.

Fungsi besi yang menghubungkannya adalah untuk menstabilkan lengan ayun. Kesannya ialah apabila motosikal bergerak, ia akan bergerak lebih stabil.

Di samping itu, lengan ayun atau swing arm aluminium juga lebih tahan terhadap karat berbanding lengan ayun besi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here