Adakah ini logo baharu Kia?

2458

Pengeluar kereta dari Korea Selatan, Kia, nampaknya sedang menyediakan logo baru. Logo baharu Kia itu, berdasarkan gambar berada pada ruang kabin, tepat di tengah-tengah roda stereng.

Logo baharu Kia masih mengekalkan reka bentuk elips atau kelihatan seperti bentuk telur, tetapi kelihatan mewah, moden dan bergaya.



Uniknya, logo itu telah dilihat dan digunakan di salah satu kereta, Kia Imagine Concept di pameran automotif Geneva Motor Show 2019, pada Mac lepas.

Kemudian, terdapat kereta konsep Futuron yang juga menggunakan logo itu di Shanghai Auto Show, pada November 2019. Kemungkinan besar, logo itu akan digunakan oleh kereta hibrid dan Kia elektrik sahaja.

logo baharu Kia

Walau bagaimanapun, kerana logo itu tidak didedahkan oleh Kia secara langsung, tidak pasti sama ada logo itu akan disertakan pada kereta-kerat keluaran Kia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here