Inilah keputusannya bila kereta berlumba dengan helikopter

2433

Anda para pembaca pasti sukakan kenderaan bermotor tak kira kereta atau motosikal. Tambah pula bila ada elemen kompetitif seperti perlumbaan.

Tapi bagaimana jika kereta berlumba dengan helikopter? Perlumbaan kenderaan darat dengan pesawat bukanlah konsep yang baharu. Top Gear UK juga pernah aturkan perlumbaan Bugatti Veyron bersama jet pejuang Eurofighter Typhoon.



Video ini juga bukanlah baharu, sudah beberapa tahun di internet, namun ia terlalu menarik untuk kami abaikan. Jadi, kami ingin kongsikan kepada anda.

Keretanya ialah Dodge Challenger SRT dan helikopternya jenis MD 500-D.

Data kereta

Dodge Challenger varian SRT ini dikuasai enjin 6.4-liter HEMI V8 dengan kuasa sebanyak 490 hp. Dengan beratnya pada 1,724 kg, ia mempunya nisbah kuasa-kepada-berat sebanyak 284.22 hp-per-tan.

Challenger SRT merupakan jentera yang cukup pantas untuk drag race di jalan lurus.

Data helikopter

MD 500-D ini pula dikuasai enjin turbin Allison 250-C20B dengan 420 hp. Kurang 70 hp dari Challenger, namun beratnya hanya 816 kg. Lebih kurang kei-car sahaja, namun 400 lebih hp.

Nisbah kuasa-kepada-berat MD-500 ini ialah 514 hp-per-ton. Pesawat ringan dengan 5-bilah rotor utama ini ialah antara yang paling lincah dalam kelasnya.

Konsep perlumbaan

Kedua-dua kenderaan akan bermula di tempat yang sama di atas landasan terbang kecil. Apabila tiba di hujung, kereta akan membrek dan membuat pusingan-U manakala helikopter mendongak ke atas untuk pusingan-U sebelum menjunam turun.

Tujuan helikopter membuat pusingan-U sedikit berbeza ialah kerana ia memerlukan jarak terlalu besar untuk pusingan-U mendatar seperti kereta. Jadi pusingan U menegak lebih efektif untuk ‘membrek’ dan memecut semula.

Terdapat juga sesi perlumbaan bonus di separuh kedua video dimana MD 500 ini berlumba dengan sebuah kart perlumbaan. Baiklah cukup, saksikan videonya di bawah.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here