Ayuh gegarkan – 1st Serian International Bike week

2427

Sejarah bakal tercatat di Tasik Danu Serian pada awal bulan mac nanti.Serian bakal menerima kunjungan dari ribuan penunggang motosikal dari seluruh Borneo dan tidak ketinggalan dari semenanjung. Cetusan idea Shafwan Mahri selaku Pengerusi Penganjur,1st International Serian Bike Week, akan menjadi penanda aras perhimpunan pemilik serta penduduk setempat yang meminati motosikal.

Merapatkan tali silatulrahim dan mengeratkan persaudaraan itu menjadi matlamat utama penganjuran. 10,000 pengunjung termasuk dari negara jiran Brunei dan Indonesia adalah sasaran penganjur.

Dengan munculnya acara 1st Serian Inernational Bike Week ini, bertambah satu lagi pusat kunjungan ke negeri Sarawak dalam kalendar pengunjung dari luar Borneo.



Penganjuran bersama PER3 dengan kerjasama Serian Motor Club (SMC), yang bakal berlangsung bermula pada 1,2 dan 3 mac nanti  dijangka menampilkan kelainan demi memantapkan lagi acara.

Program yang menyajikan beberapa acara menarik di jamin tidak akan menjemukan pengunjung.Antara acara yang di adakan ialah pertandingan FSIBW RC Powerboat Open Race 2019,Mr Badan Cantik,Miss Serian Bike Week 2019,Battle Of The Band,Bikeshow dan Bengkel Memanah.

Demi lebih memantapkan program,Mus May serta 3 lagi artis dari semenanjung akan menyajikan persembahan di sepanjang acara.

1st Serian International Bike week sememangnya menjanjikan kelainan.Pertama kalinya di dalam sejarah program Bike Week yang di adakan di negeri Sarawak, rombongan artis dangdut seramai 8 orang dari Indonesia akan membuat persembahan bagi memeriahkan acara.

Bukan setakat habis di situ, acara santai iaitu Pameran binatang Exotic,konvoi bermotosikal,cabutan bertuah dan pentas santai berkaraoke juga turut di terapkan di sepanjang program FSIBW.

Keterangan lebih lanjut boleh menghubungi nama-nama yang tertera di bawah:-

1) Ayah Shaf   – 013-5725858
2) Cikgu Mi    – 013-9933230
3) Ali              – 017-5004048

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here