Honda CBR1000RR Fireblade SP tiba di Malaysia, RM115k

2406

Selepas menayangkanHonda CBR1000RR Fireblade SP di acara KL International Motor Show 2018, kini Boon Siew Honda melancarkan secara rasmi motosikal berprestasi tinggi ini.

Lebih ringan dan lebih canggih, ia membawakan prestasi tunggangan terulung. Jentera ini amat sesuai bagi penunggang yang kerap ke aktiviti tunggangan di litar.



CBR1000RR Fireblade SP juga menjadi motosikal pertama Honda yang dilengkapi dengan sistem Ohlins Smart Electronically-Controlled Suspensions untuk memberikan sepenuh kawalan pada apa jua keadaan.

Turut menyumbang kepada prestasi Fireblade SP adalah tangki minyak yang diperbuat dari titanium, sistem brek dari Brembo dan sistem Quickshifter dan Cornering ABS.

Jentera ini boleh dikenalpasti melalui penampilannya yang menggunakan pelekat HRC Tricolour bersama jalur putih dan biru yang sinonim dengan tradisi dan sejarah perlumbaan Honda.

Spesifikasi penuh CBR1000RR Fireblade SP:

Harga: RM114,999.00

Enjin: 1,000 cc, 4 silinder, DOHC, sejukan cecair

Kuasa: 189 hp @ 13,000 rpm

Tork: 114 Nm @ 11,000 rpm

Sistem bahan api: PGM-Fi

Transmisi: Manual 6-kelajuan, klac jenis basah

Dimensi: 2,065 mm (panjang) x 720 mm (lebar) x 1,125 mm (tinggi)

Tinggi tempat duduk: 834 mm

Berat: 195 kg

Suspensi: Ohlins teleskopik (depan), Ohlins pro-link (belakang)

Tayar: 120/70ZR17 tanpa tiub (depan), 190/50ZR17 tanpa tiub (belakang)

Brek: Dwi-cakera, ABS, Brembo (depan), cakera tunggal, ABS, Brembo (belakang)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here