Honda CB1100 RS dilancar, RM76k, gaya sport klasik

203

Turut menyertai barisan motosikal yang baru diperkenalkan oleh Boon Siew Honda ialah CB1100 RS serba baharu. Motosikal ini mempunyai gaya sport klasik 70-an dan tampil dengan kehalusan pertukangan. Antaranya ialah binaan tangki minyak tanpa pateri.

Ia mendapat lampu depan LED untuk fungsi moden, namun untuk sentuhan klasik, lampunya kekal bulat dengan dua meter instrumen bulat. Gaya yang timeless!

Enjin 1,140 cc DOHC empat injap mampu menjana 82 hp pada 7,500 rpm pasti cukup untuk tunggangan bersahaja jarak jauh.

Gayaan dan pemanduan sporty CB1100 RS disokong oleh casis yang menggunakan geometri lebih tajam. Ia juga dipadankan dengan suspensi Showa di depan dan belakang.

Spesifikasi Honda CB1100 RS:

Harga: RM75,999.00

Enjin: 1,100 cc 4-silinder, DOHC, sejukan udara

Kuasa: 82 hp @ 7,500 rpm

Tork: 91 Nm @ 5,500 rpm

Sistem bahan api: PGM-FI

Transmisi: Manual 6-kelajuan, klac jenis basah

Dimensi: 2,180 mm (panjang) x 800 mm (lebar) x 1,100 mm (tinggi)

Tinggi tempat duduk: 795 mm

Berat: 252 kg

Suspensi: Teleskopik (depan), Damper terbalik jenis tekanan (belakang)

Tayar: 120/70ZR17 tanpa tiub (depan), 180/55ZR17 tanpa tiub (belakang)

Brek: Dwi-cakera, ABS (depan), cakera tunggal, ABS (belakang)

Komen anda mungkin membantu