Sakit bukan penghalang – Marquez

1143

Walau sakit namun tetap laju. Itu yang boleh kita katakan pada bintang Repsol Honda ini.

Walaupun masih bergelut dengan kesan pembedahan bahu kirinya, beliau telah mencatat masa terbaiknya 1m 59.621s pada pusingan ke 26 dari 29 pusingan.



Juara dunia Marc Marquez menetapkan masa pusingan terpantas pada hari ini di satu ujian rasmi 2019 MotoGP, di litar Sepang.

Meskipun dia berhenti menunggang sejam sebelum berakhir, namun dapat bertahan dengan kedudukan masa yang terbaik.

Rakan sepasukan Jorge Lorenzo adalah satu-satunya penunggang perlumbaan yang tidak hadir, disebabkan kecederaan pergelangan tangannya baru-baru ini.

Sementara Cal Crutchlow pelumba LCR Honda berada di litar buat kali pertama sejak kecederaan buku lali yang serius di litar Philip Island pada Oktober 2018.

Ujian yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang akan di teruskan pada hari Khamis dan Jumaat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here