Toyota Hilux Black Rally Edition sebagai tribute kepada Asia Cross Country Rally

3716

Toyota telah menyediakan satu edisi khas untuk Hilux, iaitu Hilux Black Rally Edition. Ia sebagai meraikan penyertaan trak pikap itu dalam Asia Cross Country Rally. Hilux ini datang standard dengan barangan TRD dan ada sesetengahnya juga ditawarkan pada Hilux biasa.

Toyota Hilux Black Rally Edition menampilkan bampar depan istimewa, komponen TRD untuk gril, kluster lampu kabus dan plat besi di depan. Di bahagian lain, terdapat fender plastik hitam, rim lebih sporti, sports bar, pelekat tepi, mud flap dan ekzos berkembar.



Untuk Hilux biasa pula, TRD memberikan gril dengan corak sarang lebah yang boleh dipadankan dengan penutup bampar depan, plat besi merah, pemijak tepi, sports bar dan pelekat TRD untuk gaya lebih lasak.

Rangkaian komponen edisi ini turut merangkumi rim 17-inci, tonneau cover keras untuk ruang kargo belakang atau kanopi penuh. Kalau masih belum cukup, ada juga aksesori seperti pembesar suara JBL dan barangan TRD lain seperti tombol gear kulit, pelindung handle pintu, penutup minyak enjin dan pelindung matahari.

Hilux Black Rally Edition ini telah ditayangkan semasa Tokyo Auto Salon 2019 baru-baru ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here