Ford Escort enjin V8

4500

Ttrend’ peminat kereta lama atau ‘old skool’ mengubahsuai jentera mereka untuk menjadi lebih hebat serta berkuasa.

Ia akan dibina semula supaya kelihatan seperti yang asal dan dipadankan pelbagai peralatan baru supaya boleh dipandu dengan selesa serta selamat.

Antara model kereta yang popular membabitkan Toyota KE, Levin, Datsun, Volkswagen, Volvo dan juga Ford Escort.Bercakap mengenai kereta lama, filem Fast & Furious 6 sebelum ini ada menampilkan pelbagai kenderaan lama yang sangat hebat.



Satu daripadanya Ford Escort sehingga membuatkan peminat jentera itu yang dikenali sebagai Anas menjadi inspirasi untuk membina kenderaan serupa dalam filem berkenaan.

Anas berjaya membelinya melalui satu proses pencarian yang agak sukar. Selepas jentera dimilikinya, beliau tidak menunggu lama untuk membina semula supaya kelihatan seperti yang dirancangkan.

Enjin asalnya bersesaran 1600cc digantikan dengan rangkaian kuasa yang lebih berprestasi dan di luar jangkaan. 

Beliau memberi kepercayaan kepada bengkel Din Turbo, Melaka yang sememangnya terkenal dengan kepakaran mengubahsuai. Untuk melakukan segala proses modifikasi dan restorasi terhadap jentera berkenaan. 

Enjin Toyota 1UZFE V8 bersesaran 4 liter menjadi pilihan untuk dimuatkan dalam kereta itu. Enjin V8 berkenaan mampu menghasilkan kuasa yang tinggi pada tahap RPM rendah. Oleh itu, anda boleh fikir bagaimana jentera terbabit akan beraksi dengan nadi barunya.

Bagi memuatkan enjin terbabit, Din Turbo melakukan beberapa perubahan pada pendakap enjin yang dibina khas supaya rangkaian kuasa berada pada sudut kestabilan serta lebih kukuh.

Kuasa itu dipacu ke roda belakang yang dipasang ‘axle’ belakang daripada Toyota Hilux kerana ia bersaiz agak besar serta kuat.

Kotak gear automatik asal V8 kemudiannya menyampaikan kuasa dari enjin ke roda belakang melalui ‘long shaft’ Isuzu Trooper yang disambungkan terus ke bahagian ‘axle’.

Ford Escort

Bukan mudah untuk memuatkan semua peralatan itu, tetapi dengan ketelitian serta kehalusan hasil kerja Din Turbo. Membuatkan Anas tidak berasa ragu-ragu untuk memberi kepercayaannya mengubahsuai jentera berkenaan.

Selepas enjin berjaya dihidupkan, badan Ford Escort kemudiannya dipasangkan sistem suspensi boleh laras Nissan Silvia S15 bagi mengimbangi dan memberi kestabilan.

Kuasa hentiannya masih menggunakan sistem brek 1UZ bagi bahagian hadapan. Manakala belakang daripada model Nissan Silvia S13 dan pada masa sama dipadankan pelapik brek berketahanan suhu tinggi.

Kredit: Drebar.my

Ia tampak lebih bergaya dengan rim Atara Racing (AR) yang diberi jolokan nama “pisang” bersaiz 15 inci serta dibaluti tayar Federal RSR 205/50R15 di bahagian belakang dan Yokohama Parada .

Ruangan dalamannya masih kekal aksesori asal Ford Escort. Cuma tempat duduknya dibaluti  material putih serta jalur biru mengikut konsep warna Blue Candy pada bahagian luarannya.

Anas juga memiliki kedai aksesorinya sendiri, jadi lebih mudah baginya untuk menyelenggara semula rupa jentera itu.

Badan jentera itu diletakkan pelekat jalur putih yang menyerupai Ford Escort yang digunakan Brian O’ Conner dalam filem Fast & Furious 6. 

Akhir sekali, sepasang ‘spot light’ halogen Saxo di bahagian jeriji hadapan bagi memberikan penampilan yang lebih hebat terhadap jentera itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here