10 tips elak kereta anda dicuri

4373

Kes kecurian kereta tidak pernah lekang, dan ada juga beberapa jenis kereta yang sering menjadi sasaran pencuri dan sindiket. Namun walau apa pun jenis kenderaan anda, lebih baik bersiap dan mengetahui tips elak kereta anda dicuri sebelum terkena, bukan?

Imej: express.co.uk



Jadi sementara itu, kami kongsikan 10 tips elak kereta anda dicuri atau mengurangkan risiko dicuri:

  1. Sentiasa meletak kenderaan anda di lokasi strategik. Cuba cari kawasan dengan pencahayaan baik, dan jika boleh, letak berdekatan dengan tempat masuk kawasan parkir atau dalam penglihatan juruwang di pondok pembayaran.
  2. Lebih peka dan perhatikan orang yang mencurigakan. Jika anda perasan seseorang tidak melepaskan pandangannya ketika anda meletakkan barang ke dalam kereta, anda mungkin dalam bahaya.
  3. Jangan tinggalkan barang berharga dan dokumen penting di dalam kereta. Jangan terlalu leka. Jika kereta anda mempunyai filem tint gelap sekalipun, ia tidak menjamin penyangak tidak dapat mengesan barng berharga di dalam kereta anda.
  4. Sorok barangan anda. Jika anda terpaksa meninggalkan barangan di dalam kereta, tutupkannya dengan surat khabar atau tikar lantai sebelum mengunci kenderaan. Ini penting terutamanya hatchback yang tidak mempunyai penutup di ruang kargo.
  5. Elakkan pergerakan rutin yang sama. Meninggalkan kereta anda terlalu lama, dan dalam waktu yang tetap membuatkannya menjadi sasaran mudah pencuri. Cuba berhenti dahulu di kawasan berdekatan parkir kereta untuk melihat kawasan sekeliling sebelum anda meneruskan perjalanan ke pejabat.
  6. Cuba berbaik dengan peniaga gerai berdekatan kawasan parkir. Selain dari memerhatikan kenderaan anda sentiasa, mereka juga boleh mengenalpasti penjenayah berpotensi. Ini kerana kebanyakan “operasi” mereka adalah bertiga – tukang curi, tukang cover dan tukang backup.
  7. Periksa kenderaan anda beberapa kali sebelum meninggalkan kawasan. Pintu berkunci kawalan jauh tidaklah 100% berkesan. Terdapat juga yang tidak berfungsi, terutamanya jika bateri sudah lemah. Terdapat juga kemungkinan anda tertekan butangnya di dalam poket tanpa anda ketahui.
  8. Labur dalam sistem penggera lebih baik. Jadikan tabiat juga untuk memeriksa dengan kerap sama ada penggera kenderaan berfungsi dengan baik.
  9. Lawati kenderaan anda secara rambang. Buat lawatan mengejut ke kenderaan anda sekali-sekala. Cuma harapnya anda tidak “bernasib baik” terjumpa penyangak sedang cuba memecahkan cermin kereta anda menggunakan palam pencucuh.
  10. Sentiasa simpan nombor kecemasan. Simpan nombor berikut di dompet atau beg tangan anda – polis, persatuan kejiranan, ahli keluarga dan rakan-rakan, mereka semua ini pasti boleh membantu anda di saat kecemasan. Apabila berlaku sesuatu insider, masa sangat kritikal. Mana tahu bila anda bertindak cepat, pencuri masih berada dalam kawasan berdekatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here