
Bekas pengacara Top Gear, Chris Harris berdepan situasi malang apabila kereta klasik BMW M5 E28 miliknya dibawa lari oleh pencuri.
Beliau kemudiannya memaklumkan dalam akaun Instagramnya yang mempunyai hampir 90,000 orang pengikut berkenaan kejadian tersebut.
Dalam tempoh masa tiga jam sahaja, seorang pengikut mendakwa telah menjumpai kereta tersebut.
View this post on Instagram
“Situasi yang agak kucar-kacir, namun saya rasa bertuah kerana dapat semula kereta ini.
Chris kemudian mendapati terdapat beberapa kerosakan pada kereta tersebut, seperti salah satu rim yang calar teruk, serta sistem kunci yang telah dirosakkan semata-mata untuk menghidupkan enjin.
Disebalik kerosakan yang dinyatakan itu tadi, Chris berjaya menghidupkan semula kereta dan mendapati enjin beroperasi dengan normal tanpa sebarang masalah.