Kes Ducati-Mahkamah Rayuan Bersidang Sebelum MotoGp Argentina

1319

MotoGp Qatar 2019 di penuhi spekulasi.Walaupun berjaya menaiki podium,namun Andrea Dovizioso belum boleh tersenyum.Peranti aerodinamik yang dipasang di bawah swingarm motosikal pelumba pasukan Ducati mendapat bantahan. FIM telah mengesahkan rayuan protes kes Ducati akan dibawa ke Mahkamah Rayuan MotoGP bakal diadakan bulan ini sebelum pusingan seterusnya di Argentina.

Ini berikutan empat pengeluar MotoGP .Aprilia, KTM, Honda dan Suzuki membuat bantahan kepada penganjur perlumbaan mengenai isu kesahihan peranti aerodinamik Ducati yang dipasang di bawah swingarm.

Ketua Pasukan Suzuki, Davide Brivio mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan protes dipicu kerana ia dipercayai bahagian baru digunakan untuk keuntungan aerodinamik yang bertentangan dengan peraturan teknikal.



Kedua-dua penunggang Ducati menggunakan peranti itu semasa pembukaan MotoGP 2019 di Qatar. Dimana Andrea Dovizioso memenangi perlumbaan dan rakan sepasukan Danilo Petrucci menamatkan tempat di tempat keenam.

Anak panah menunjukkan peranti yang menjadi isu bantahan MotoGp,Qatar

Sementara Jack Miller Pramac Ducati juga menggunakan bahagian itu tetapi bersara dalam perlumbaan.

Bantahan pasca perlumbaan itu ditolak oleh FIM MotoGP Stewards.Isu tersebut telah di bawa ke Mahkamah Rayuan MotoGP. Tindakan sedemikian terpaksa di ambil setelah bantahan dari empat pengeluar di tolak.

FIM dalam kenyataannya telah mengesahkan iaitu,Mahkamah Rayuan MotoGP akan terdiri daripada tiga hakim dari Suruhanjaya Hakim Antarabangsa FIM dengan pendengaran yang diadakan antara sekarang dan pusingan kedua di Argentina (29-31 Mac).

Para hakim belum disahkan lagi tetapi semua pengeluar yang terlibat dalam rayuan akan hadir di sidang pendengaran kes Ducati ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here