Utama Berita Automotif Mitsubishi Xforce rekod 900 unit jualan empat minggu lepas dilancar

Mitsubishi Xforce rekod 900 unit jualan empat minggu lepas dilancar

8

Mitsubishi Motors Malaysia merekodkan jualan memberangsangkan bagi Mitsubishi Xforce serba baharu selepas model itu dilancarkan secara rasmi 8 April lalu.

Sehingga penghujung April, sebanyak 900 unit bakal diserahkan kepada pelanggan, sekali gus mencerminkan sambutan positif daripada pengguna di Malaysia.

Model SUV kompak itu dilihat menepati kehendak ramai pembeli tempatan dengan gabungan reka bentuk moden yang berani serta praktikaliti untuk kegunaan harian.

Ia tidak hanya sesuai digunakan dalam kesesakan bandar, malah turut menawarkan keselesaan untuk perjalanan hujung minggu, menjadikannya pilihan menarik untuk segmen SUV kompak.

Bagi pembeli yang memerlukan keseimbangan antara gaya, fleksibiliti dan kemudahan pemanduan, model Xforce juga terus mendapat perhatian.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Takashi Sakamaki berkata, pihaknya amat menghargai sambutan menggalakkan terhadap model berkenaan.

Katanya, pencapaian 900 unit penghantaran dalam bulan pertama selepas pelancaran membuktikan keyakinan pelanggan terhadap jenama Mitsubishi serta model berkenaan.

Tambahnya, Mitsubishi Motors Malaysia juga komited memastikan proses penyerahan kenderaan berjalan lancar di samping terus menawarkan kualiti, kebolehpercayaan dan keyakinan pemanduan yang sinonim dengan kenderaan Mitsubishi.

Mitsubishi Xforce hadir dalam dua pilihan varian iaitu Urban dan Ultimate, dengan harga RM109,980 bagi versi Urban dan RM119,980 untuk Ultimate.

Kedua-dua model ini menggunakan konfigurasi sama iaitu enjin petrol 1.5 liter aspirasi semula jadi bersama transmisi automatik CVT, menghasilkan kuasa 105PS dan tork 141Nm.

Maklumat lanjut mengenai model dan perkembangan terkini berkaitan Mitsubishi Motors Malaysia boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang dan media sosial berikut.

Website: https://www.mitsubishi-motors.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/mitsubishimotorsmalaysia/
Tik Tok: https://www.tiktok.com/@mitsubishimotorsmalaysia
YouTube: https://www.youtube.com/@MitsubishiMotorsMalaysia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here