Geng bikers di New Zealand berjanji untuk jaga masjid untuk solat Jumaat

1493

Geng bikers di New Zealand berjanji untuk menjaga keselamatan di luar masjid-masjid negara itu semasa umat Islam di sana menunaikan solat Jumaat pertama selepas insiden tembakan di Christchurch.

Imej: AFP, Getty Images

Geng bikers di New Zealand seperti Mongrel Mob, King Cobra dan The Black Power berjanji untuk melindungi masyarakat Islam setempat di seluruh negara selepas kejadian pada 15 Mac yang mengorbankan seramai 50 orang.

Presiden Mongrel Mob, Sonny Fatu menawarkan diri untuk menjaga Masjid Jamia di Hamilton. “Kami akan menyokong dan membantu saudara dan saudari Islam kami selama mana mereka memerlukan kami,” katanya kepada media Stuff.



Dia menerangkan bagaimana Mongrel Mob dihubungi oleh wakil masjid bahawa ahli-ahli masjid risau untuk ke solat Jumaat. Fatu menambah, “Persoalan diutarakan sama ada kami patut menjadi sebahagian dari banteng keselamatan untuk membolehkan mereka beribadat dengan aman tanpa rasa takut lagi”.

Dia berkata, “Sudah tentu kami akan melakukannya dan kami akan berpakaian dengan sopan dan sepatutnya”.

Asad Mohsin, ketua Waikato Muslim Association berkata, “Ia memberikan kami kekuatan untuk mengatasi rasa sedih kami.”

Mohsin turut berkata kepada New Zealand Herald, “Tiada ketakutan, kami bukannya takut. Mereka tidak perlu berdiri di luar masjid, mereka boleh masuk ke dalam, betul-betul berada di belakang dimana khutbah diberikan.”

 

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here