Kenali Ora R1, kereta elektrik keluaran Great Wall Motors

2110

Trend kereta elektrik di pasaran automotif global terus berkembang. Ini mencetuskan pengilang kereta dari China, yaitu Great Wall Motors untuk memperkenalkan salah satu kenderaan mesra alamnya, iaitu Ora R1.

Dilaporkan bahawa jentera ini akan menjadi kereta elektrik yang paling berpatutan dan seharga dengan low cost green car (LGCC) yang lain. Di China, kereta elektrik ini berharga CNY59.800-CNY77.800, atau bersamaan dengan RM35,220-RM45,822.



Dengan nilai tersebut, Ora R1 akan setara dengan low cost green car (LGCC) yang lain. Oleh itu, apa yang ditawarkan oleh jentera ini?

Ora R1

 

Dilahirkan sebagai city car, Ora R1 mempunyai dimensi yang cenderung padat dengan kapasiti 5 penumpang. Panjangnya mencapai 3,495 mm, lebarnya 1,660 mm, dan ketinggiannya 1,530 mm.

Secara fizikal, Ora R1 mempunyai keterampilan seperti kereta elektrik Honda e. Sektor depan jentera ini dihiasi oleh sepasang lampu LED dan penutup lampu bulat yang pendek.

Ora R1

Pada bahagian sisi, jentera ini disertakan dengan sport rim dengan lapan batang. Badan jentera ini pula dicat dengan skema warna dual-tone, yaitu warna perak dan biru supaya kelihatan futuristik. Bahagian belakangnya pula berketerampilan sederhana dengan disertakan sepasang lampu LED yang berbetuk segi empat.

Apa yang menarik pada jentera ini adalah prestasinya. Jentera ini disertakan dengan motor elektrik yang bertenaga 47hp. Motor elektrik tersebut disokong oleh bateri 33kWh yang dikatakan mampu menempuh jarak maksimum sejauh 310km.

Ora R1

Kelajuan maksimum jentera ini boleh mencapai 102km/jam. Bateri Ora R1 juga dilengkapi dengan ciri pengisian pantas sehingga pengisian baterinya hanya mengambil masa 40 minit dari 0-80%.

Great Wall Motors telah merancang untuk memasarkan jentera ini di pasaran automotif India pada tahun 2020. Jadi, adakah kereta elektrik juga akan masuk ke Malaysia? 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here